Gemilang perkahwinan.

Pada sabtu minggu lepas aku menjadi kendarat orang kahwin kat kawasan taman aku ni. Adalah dalam 12 orang kumpulan kami yang dibahagi-bahagikan tugas.

Jemputan dalam pukul 11.00 pagi hingga 5.00 ptg. Kumpulan kami telah datang sebelum pukul 11.00 lagi kami dah sampai. Di mana kami mengemas apa2 yang patut di meja makan tetamu. Tuan rumah menggunakan khidmat catering.
Jadi tak adalah rewang pada sebelumnya.

Jam dah nak masuk pukul 12.00...makanan belum lagi sampai. Tetamu dah datang, nasib baik sedara mara tuan rumah. Bolehlah dilenggahkan dulu. Dalam 12 lebih gitu barulah sampai, itu pun tak sepenuhnya. Lauk pengantinnya nasi hujan panas (entahlah aku pun tak tahu kenapa digelar nasi hujan panas) lauknya dalca daging, ayam masak merah dan pacri nenas. Air satu jenis je Oren. Yang belum sampai pencuci mulut dengan daging masak lada hitam.

Sebelum tetamu datang kami kumpulan kendarat makanlah dulu. Kalau makan lauk pengantin yang belum diloceh2 ni memang sedap tengah pulak masih panas lagi.

Aku hairan pihak catering ni dah lah lambat sampai dah tu hantar lauk pakai kenderaan MPV punya cantik manalah nak muat dengan periuk2 yang besor2 ni. Terpaksa lah 2 kali trip mengantarnya. Lain kali kalau nak jadi catering pakai lah lori..barulah praktikal sikit. Bahlol betul.

Kesian betul dengan tuan rumah entah berapa kali asyik talipon tukang masak...jawapannya 'on the way'

Dalam pukul 3.30 ptg, lauk dah tinggal sikit..nasi masih ada lagi 2 tong tarmus. Nasib baik rombongan pihak lelaki sampai cepat takada lah kata mereka tak dapat lauk. Yang hairannya jemputan dianggarkan dalam 800 orang tapi lauk pauknya sikit saja. Terpaksalah tuan rumah membeli lima ekor ayam lagi untuk keluarga mereka sendiri. Kesian betul.

Dalam pukul 4.00 ptg lauk dah tinggal 2 jenis aje iaitu ayam masak merah dengan dalca daging...itu pun lebih kuah dari isinya. Hanya di tray tu aje yang tinggal. Selesai berkemas dan sempat juga bergambo dengan pengantin...kami pun beredar.


Pengajarannya disini...kalau nak membuat kenduri kahwin yang menggunakan khidmat catering ni kena tanya dengan orang yang pernah gunakan khidmatnya. Walaupun harga yang dikenakan murah tapi jangan sampai menyusahkan kita kelak.
Lagi satu jarak antara rumah pengantin dengan tempat masak tu...janganlah sampai jauh2 sangat . Agak2 sebelah taman itu dah oklah.

p/s: kalau ada berminat menggunakan khidmat kendarat sila2 lah. Promote gitu. Hihihi.

7 comments:

Mak Su said...

mengambil pelajaran dari yang tahu :)

MOKCIK AZWA said...

sohih catering yang nie mokcik tak akan ambik punya hehehehe

tu la nak meniaga tapi tak jaga customer...

um. masyitah said...

Ya Allah,siannya tuan rumah.
nak business tu,elok-eloklah,sian dok naye kat orang lain

zue said...

mak su,
yap...mmg pun.

----------------

mokcik azwa,
mmg x jaga customer langsung...boleh berkaroeke kat umah pengantin tu. cis.

----------------

um. masyitah,
mmg kesian asyik2 tel tukang masak je. kami yg dgr ni pun rasa geram betul.

maiyah said...

yelah kene bik tau gak :)

naz ilyn said...

salam... tulah suami selalu kata kalau nak buat kenduri ker apa biar banyak sikit kalau lebih boleh sedekah kat orang kalau kurang lagi susah... yang payah tu jadi buah mulut orang jer... dua tiga hari tak abis cite lagi.

en_me said...

siannyerrr kannns.. ehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.