Dugaan hidupnya...

Hari yang paling mulia adalah hari jumaat. hari segala penghulu. hari ni aku nak cerita serba sikit tentang apa yang benar2 belaku.

Dahulu kalau tak lulus LCE atau SRP tak boleh naik kelas. Suruh ambil periksa lagi sekali dah malas..otak dah tak boleh terima..nak kerja.
Setahun kerja dah nak kahwin...cinta punya pasal keluarga turutkan juga. Keluarga suruh tunang dulu. Di alam pertunangan macam2 perkara berlaku akibat cemburu buta oleh si dia. Keluarga suruh putuskan pertunangan kalau dah tak ada keserasian tapi orang kata jodoh kuat..mereka kahwin.

Dapat anak 1..2..tiada masalah cuma adat lah asam garam dalam rumahtangga..sedang kan lidah lagi tergigit inikan pulak suamiisteri. Masuk anak ke 3 dah tunjuk taring...bila si isteri mengandung si suami dah mula berpaling tadah. Perperangan berlaku...keluarga memang dah tak mahu masuk campur hanya bagi nasihat aje. Akhirnya si suami insaf dan tak mahu ulang lagi katanya.

Bila anak-anak dah besar...si suami buat perangai lagi..waktu itu usia si suami dah 40 an..orang kata usia begini..muda kembali. 'LIFE BEGIN 40'
Anak bini dah tak di hiraukan kerana dah mabuk bercinta. Bayaran rumah kereta dah tak berbayar lagi akibat gilakan betina. Asyik kerja bergayut kat HP je...Rumahtangga belantakan..bila ditanya tak mengaku...si isteri bukannya bodoh..bila melihatkan perangai suami dah berubah, balik lewat kerja bila ditanya ada overtime. Itu aje lah alasan si suami. Atas pertolongan keluarga si isteri...dapat di kesan siapa perempuan tu.

Si isteri ingin menuntut cerai kerana dah tak sanggup lagi hidup dengan si suami akibat perbuatannya. Atas tindakan si isteri..si suami mula sedar dan mengakui atas kesilapannya. Si suami melutut dan merayu kepada si isteri mohon ampun dan maaf dan mengaku bertaubat dan masih sayangkan anak bini.
Sekeras-keras keras nasi kalau dibubuh air...lembut juga akhirnya. Hati perempuan memang mudah cair...dan memang perempuan di kurniakan sifat pemaaf dan lembut hati.

Si suami berubah menjadi seorang yang baik dan penyayang kepada anak bini...dah menjadi orang yang tidak tinggal sembahyang..kalau balik cepat dari kerja si suami akan berjemaah dengan keluarga. Itulah yang diharapkan oleh keluarga.

Ingatkan cerita ini habis di sini rupanya TIDAK. Bila sudah berduit sikit...buat perangai lagi. EPF dah habis dikeluarkan semua. Poket pun penuh..sudah tak ingat dunia lagi. Subahanallah.

Umur sudah 56 tahun dan sudah bercucu seorang....si suami buat perangai lagi dan tidak serik2 lagi. Apa orang lelaki ni memang mudah lupa ke?.

Si isteri dah nampak perubahan kelakuan si suami buat kali yang ke 3...@##$$ memang malang betul si isteri ni.
Pergaduhan demi pergaduhan sering terjadi dan tak rasa malu dengan menantu.

Hingga ke hari ni si suami tak balik ke rumah dengan katanya kerja di tengah laut (kerja SHIPYARD di S'PORE). si isteri telah pergi ke tempat kerja dan bertanya akan suaminya...rupa2 nya si suami tak masuk kerja dah 5 hari. Punah..remuk..sedih dan bermacam lagi rasanya. Kalau imam tak kuat didada boleh jadi gila.

Anak2...suruh mak nya ambil tindakan dan lupakan ayah..mereka pun dah boleh tanggung maknya.

Cerita diatas adalah kisah kakak aku sendiri. Aku betul2 sedih dan kesian..begitu sekali jalan hidupnya.
Nak marah..benci dan macam2 lagi nak dikeluarkan kepada abang ipar ku..tak terkeluar di mulut ni sebab aku pun punya suami. Aku hanya boleh simpati dan
rasa sedih je. Moga allah melindungi kakak ku dari perkara2 yang negatif yang tidak diingini berlaku.

Kuatkan semangat..dan sayangilah diri kita sendiri.

11 comments:

kakcikseroja said...

Semoga kakak Zue terus tabah mengharungi apa jua badai kehidupan yang melanda.

kayteeze said...

Syukurlah anak-anaknya dah besar, dah boleh tanggung ibunya. Kita sendiri tak tahu bagaimana akhirnya hidup kita, kan... Suaminya tu terlalu mengikut tabiat lamanya. Simpati pada kakak Zue.

zue said...

kakcikseroja,
zue pun harap begitu juga.

kayteeze,
tak tahu knape abg ipar ni x serik2 dan x pernah rasa bersalah.

maiyah said...

simpati ngan kakak, hrp dia akan dpt buat keputusan yg baik nnti

piewahid said...

salam zue,
ramai org buat silap (itu masih dianggap normal sbb kita manusia biasa)
MASALAHNYA tak ramai yg nak blajar daripada ksilapan skalipun smakin berumur.

semoga mereka yg diuji tabah menghadapi sgala ujian-Nya

nahmy said...

salam..
takpela...sabar dan 'berteduh' pulalah dgn anak-anak. si suami? doakan dia kembali ke pangkal jalan atau mungkin boleh di perubat secara dr jauh...insyaAllah. mmg lelaki ni makhluk yg susah nak diperkatakan...iktibar jua utk saya sendiri

Nida said...

Setiap yang braku ada hikmahnya, dan orang yg menganiaya insan lain pasti akan mendapat balasan...

Semoga tabah manghadapi dugaan buat insan yg teraniaya

MOKCIK AZWA said...

Orang macam ini berapa kali kita nak bagi "peluang kedua"... tabahkan hati buat kakak zue itu..

zue said...

maiyah,
piewahid,
nahmy,
nida,
mokcik azwa,

terima kasih di atas nasihat dan keperihatian citer zue ni...moga allah jua yg membalasnya.

Miecyber said...

Simpati dengan citer nie...

zue said...

miecyber,
terima kasih atas rasa simpati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.