Kembali bersiaran...

Agak lama aku tak jengok rumah...dah bersawang rupanya.

Hari ni aku nak kemas rumah dan kalau sempat nak singgah rumah kekawan...lamanya tak bertandang. Rindu rasanya.

Kebelakang ni aku betul2 sibuk dengan kerja... hingga waktu makan dari 1 jam pun dipendekkan 1/2 jam...kena OT pulak tu.

Balik rumah dah penat...rumah dah macam kapal karam.
Kesian anak2 dengan suami kena order makan kat luar aje.

Dalam pada aku sibuk2 tu aku ada bercuti di Sipadan Island...opis suami buat family trip...benda dah bayor tak boleh nak cancel. nantilah aku upload gambo2 nya.

Sebelum aku ke Sipadan Island...kami singgah makan di Muara Sungai Duyung, Melaka.





Boleh tahan makan kat situ ...sedap.

16 comments:

Mak Su said...

seafood mmg marvellous :)

dah balik dari holiday bolehlah pulun berkemas :)

MOKCIK AZWA said...

Fuyooo...lamanya menghilang..dalam sibuk katanya sempat gak pi berjjcm ek..jelesss mokcik..

ok tungguu gambor diuploadkan...

Che' Pit said...

Bukan agak lama, mmg lama pun hehe

waa best nya jenjalan sipadan.. makan ikan bakar lak sebelum tu.. jeles ni

zue said...

mak su,
mmg sedap mkn kat situ..tapi yg x best ni tangki kecik sgt. mkn sikit dah kenyang.


mokcik azwa,
jgn lah jeless...mokcik pun leh kesana...gambo akan di upload.

zue said...

CP,
ya lah cp lama x update...mmg x sempat nak bukak tenet..hari2 balik mlm...dpt rest je cuma hari ahad, itu pun kemas2 rumah.

abu muaz said...

salam.selamat kembali berblog. t.kasih sudi singgah rumah buruk saya.

sonata anak kancil said...

biarlah tak berkemas pun...asal bahagia udah le.....

sI tEDI said...

aku selalu makan kat belakang crystal bay tu :)

qaseh mas said...

Salam Zue
rindunya..baca coretan Zue.
saya pun sejak akhir2 ni sibuk,erm entahlah apa yang disibukkan tapi mungkin sebab saya perlu teruskan jua kehidupan saya dengan situasi saya yang baru,nak suaikan keadaan memerlukan masa.apapun,biarlah apapun asalkan kita bahagia bak kata sonata..

maza said...

wahhh.. jalan-jalan cuti 1malaysia.. hehehehe

seronok bercuti kalau duit juga turut kembong lorrr..

ahmad humairi said...

salam,

x pegi menyelam?

DrSam said...

salam singgah,
dapat makan beramai-ramai memang nikmat.

Nida said...

Sejak datang ke sini tak pernah lagi merasa makan luar... rindunya nak makan seafood macam gambar2 kat dalam n3 ni

zue said...

abu muaz,
wsalam...biar rumah buruk tapi dalamannya bersih.

sonata anak kancil,
mana boleh berserak rumah tak tahan mata memandangnya.

sI teDI,
Sedap kannn.

zue said...

qaseh mas,
wsalam..
harap suasana yg baru tu..akan mmbuat qaseh mas gembira.

maza,
nasib baik ianya tak mmerlukan kocek yg kembong sbb segalanya di support...kecuali beli brg cenderamata buat kwn2 je.


ahmad humairi,
wsalam...x pndai berenang...jadi tukang tangkap gambo aje.

zue said...

DrSam,
wsalam..thank singgah..mmg seronok mkn ramai2.

Nida,
alahai..kesiannya Nida. nampaknya klu nida nak mkn seafood kena lah masak sendiri kannn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.