Apa maknanya mimpi..

2 hari lepas aku bermimpi. Di mana mimpi itu aku dikejar oleh seekor anjing.

Dalam mimpi tu aku berlari dengan sekuat hati. Aku sempat panjat pokok kebetulan ada tali dipokok tersebut tapi anjing tu lagi teror dia pun panjat ikut tali tu juga...aku huyung-hayang tali tu tetap anjing tu
tak mahu jatuh hingga aku rasa macam sesak nafas..aku terjaga.

Lama aku memikirkan mimpi aku tu..adakah ianya permainan tidur atau ada petanda disebaliknya..

11 comments:

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

kisah itu dalam warna-warni atau black and white? Kalau hitam putih maknanya sah mimpi. Nasib baik mimpi....kalau x...xtaula macamana.

Mimpi kadangkala membawa realiti, tapi selebihnya hanya permainan tidur.

maza said...

kalau mimpi dikejar binatang buas.. ataupun jatuh dari tebing tinggi yg tak sampai2 kat bawah.. atau mimpi disambar api marak!

Maka bangkit segera dan bacalah 3 Qul! Dan ayat kursy.. (mahu baca satu juzuk Quran pun tak pe).. sesungguhnya itu adalah petanda mudharat yg dibawa oleh syaitan!

demikian kata wak parjo dukun pohon pinang nan sebatang kalibatangan, sumatera, tanah borneo.... hehehhe

Anonymous said...

Dulu Tie pernah mimpi gitu, dikejar seekor anjing hitam, tapi kita sempat tutup pagar (entah mana datangnya pagar tu...). Eeee.. takut tul.
Tapi kita tak tahu maksudnya. Mungkin juga kerana keletihan, atau terbawa-bawa perkara yang berlaku pada waktu siang, kot.

zue said...

ahmad humairi,
walaikumsalam cikgu,
rasanya itam putih sbb suasana nya gelap je..

mmg pernah kena kejar anjing tapi anak2 anjing..tapi tak le seganas anjing liar ni...nasib baik mimpi.


maza,
belum lagi smpai mimpi yg maza sebut kan tu..mudah2 dijauhkan hendaknya.

tahu lah maza ni keturunan jawo panarogo dari keturunan wak parjo..

ummu said...

assalamualaikum kak zue
alahai,saya tak tahulah pula apa makna mimpi ini kak ...
moga2 kita dipelihara Allah selalu.

zue said...

tie,
mungkin juga ek..apa yg brlaku pd waktu siang...

walaikumusalam ummu,
mimpi mungkin permainan tido...tapi sembut dibuat nya waktu tu..

Hairun Azmi said...

Anjing tu nak jadi kawan you kot..

17 tipu KWSP dihukum

zue said...

miecyber,
ialah tu..

Kasawari said...

tiba-tiba aku tersedar salakan anjing diluar rumah ku.. hehe

Nida n' Hanafi said...

Kata org kalau mimpi buruk maknanya perkara indah akan berlaku.. wallahualam

zue said...

kasawari,
tu anjing sedang mengawan lah tu..

nida,
mudah2 semuanya yg baik2 dtg dari allah swt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.