Anak lelakiku malas baca buku.

Aku ni pening dengan anak lelaki aku yang seorang ni...buat aku naik angin aje hari-hari.

Hari-hari nak kena tanya..

ibu: ada kerja sekolah tak..
haris: ada
ibu: abis tu kenapa tak buat
haris: kejap lagi..
ibu: kejap lagi tu bila..kang dah nak malam..dah ngantok..baru lah sibuk nak buat..

itu buat kerja sekolah..kalau tak ada kerja sekolah...lagi lah...malas nak baca buku..kena paksa..barulah ambil buku. Bukan baca buku...buku yang baca untuk dia..

Percapaian disekolah..sederhana aje. Itu yang merisaukan. Sejak cikgu tuition dia pindah rumah..sampai ni aku belum hantar dia mana2 tempat tuition. Ni yang sedang mencari...area taman aku ni kureng lah.

Sejak dari tadika sampai sekarang dia malas membaca buku...kalau suratkhabar.. memang suka...tapi baca bahagian belakang sekali..nak nengok masa perlawanan bola sepak.




Bola2 ni memang favourite dia...boleh brgaduh anak beranak sebab berebutkan remote control.




Main computer tak payah diajar...dia sendiri tahu..kalau games kat dalam internet lagilah teror.




'haris' di Sentosa island Singapore.




Macam mana nak galakkan anak rajin membaca.





29 comments:

maza said...

uiks.. tak semua anak lelaki malas membaca tau...

ada gak rajin.

contoh.. maza.. hehehehe

Ayah Zain said...

Betul tu zue, anak lelaki memang malas sikit tetapi otak cekap, boleh jawap exam dengan bergaya tetapi girl belajar tekun.

zue said...

maza,
mmg x dpt dinafikan yg ko mmg trlebih rajin smpai nak belajo lagi...siap mintak mohon restu mak ko..:)

zue said...

Ayah Zain,
betullah...sy nengok anak jiran sy..aktif kat sek dan mak dia kata kat umah x belajar tapi bila periksa keputusan tetap tiptop.

Miecyber said...

Dugaan...

Top 10 negara sihat

Anonymous said...

Zue, anak pompuan ada juga yang balas membaca, asyik baca novel jer...

Anak lelaki Tie pun malas membaca, akhbar pun tak minat.. padahal dari dalam perut Tie ajor membaca... susah betul.

Anonymous said...

Assalamualaikum Zue,

Berdoalah zue disamping beri nasihat.

Akak ada anak lelaki dan ada anak perempuan. Yang perempuan memang rajin baca buku berbanding yang lelaki, tapi bila result PMR dan SPM, lelaki lagi banyak 'A'.

Sabarlah, kadang2 budak lelaki ni bila dah sekolah menengah baru dia matang sikit, sebab lelaki lambat matang berbanding perempuan.

zue said...

Miecyber,
ye lah...sabor je

dangarumbia,
anak tie sama juga mcm anak zue ek..hihihi
leteh...hari2 dok membebel kann.

zue said...

kak ani,
walaikumusalam...mmg zue selalu dgr juga..anak lelaki ni matangnya lambat sikit.
thank kak ani krn mmberi nasihat.

KAMATO said...

itula lumrahnya anak laki, 2 org anak laki saya pun macam tu, gila bola, baca buku malas tapi alhamdullilah ok juga la pelajaran dia

ahmad humairi said...

Bagi dia online portal pendidikan yang belambak tu...guru.net ke masalnya...

zue said...

kamato,
zue mmg x sekat minat anak2 ni...asalkan pelajaran jgn diabaikan...yg tak sanggup ni asyik hari2 kena nak ingatkan...

cikgu ahmad,
insyaallah..nanti zue suruh anak zue online portal pendidikan lak...

**thank..kekawan yg memberi pandangan dan nasihat.**

TheFusionTea said...

Assalamualaikum, tu dah bagus tu menggalakkan anak2 dengan pujian positive, nasihat, bertanya, yg pasti berdoa. Mcm K Zue memuji Haris pandai computer, pasti dia dgr dan nak menujuk kehebatannya lagi. Dgn anak buah lelaki saya kena meminta berhenti dulu tgk tv, baca buku, nanti sambung lagi. walaupun kecil, derang ni nak respect kan. saya suka byk bertanya dan biar dia yg bertanggunjawab untuk memberitahu kat kita jawapannya dia mcm hero la kononnya :), mcm ejaan apa2 ke. saya nak bagi nasihat pun anak saya masih kecil, blog2 mcm ni sebagai pengajaran. dulu memang tumpang kasih dgn anak2 buah, tak pernah kata jgn, tapi beralih menujuk melakukan perkara yg betul. biasa la belum ada anak tapi nak marah, risau anak buah tak nak kawan dgn kite hehe. Thanks sudi mengunjung ke blog fusion tea. kalau nak sample email kat thefusiontea@gmail.com. tma kasih.

Kakzakie Purvit said...

Hm... zue sama je dgn anak kakak. Kalau baca novel satu minggu dia boleh habis tiga buah. Lepas buat homework je novel. Lepas makan novel, duduk-duduk novel, masuk tandas pun novel di bawa, makan pun sebelah mata tengok novel. Baca buku pelajaran kena tunggu. Itu yg kakak tak boleh nonton tv. Kena belajar sama.

Lagilah anak zue tu lelaki memanglah minat dia kalau bola.

pipoq said...

kalo nak cakap pengalaman, sy dulu pun memang malas tul nak baca buku sekolah..kalo kat rumah memang lansung tak bukak buku sekolah..cuma sy lebih suka tumpuan waktu dalam kelas je..alhamdulillah ok je..

tapi tu la..lain padang lain belalang..

apa pun mungkin sebagai ibu bapa, kita kena buat reformasi sikit..cuba jadi idola terbaik untuk anak anak..sediakan satu waktu dimana seluruh keluarga menghabiskan masa untuk membaca + study bersama sama..

kekadang bebudak ni bila takde geng memang jadi malas..cam sy mengajar bebudak tution, 30 minit sy tumpukan pada pelajaran, 30 minit lagi free study..so bebudak ni rasa kurang tekanan study sebab diorang hepi bila kita boleh layan diorang sama..sampaikan kalau sy cakap tak boleh nak datang mengajar pun mesti diorang cakap boring tul sy takde..

wallahu a'lam, ngan anak anak ni kena banyak bersabar la. Apa pun doa dari kedua ibu bapa pun memainkan peranan penting dalam perkembangan diri anak anak..

zue said...

TheFusion Tea,
thank krn mmberi pandangan.
insyallah nak cuba gak fusion tea ni..:)

kakzakie,
anak ppuan zue pun suka baca novel...kat rak buku dia penuh dgn novel...siap brtukar2 baca dgn kwn2nya.
mcm mana anak nak tumpu kat pelajaran sbb ibu sibuk kat dapur dan bapanya sibuk nonton berita..:)

zue said...

pipoq,
terimakasihlah krn singgah kat blog akak ni :)

pandangan yg bagus tu...nak antar anak tuition kat pipoq boleh tak.

sahromnasrudin said...

sy rasa tgk anak lelaki gak..kalau yg mmg nak blajor, pasti mrk rajin membaca buku...
semoga mutu lelaki di malaysia nie tak merosot huhuhhh

zue said...

sahromnasrudin,
mungkin anak kzue ni jenis yg kena suruh baru nak belajar.
mudah2 mutu lelaki di m'sia x merosot.:)

aNIe said...

Zue...samalah masalah kita...dialog tu macam sama je...

Akak pun risau jugak...harap2 dia akan berubah

Ati Masrif said...

salam kenal,

kalau kita kan...

guna kuasa veto jek...hihi

buat kerja sekolah dulu!!!


ati di sini

^______________^

hans said...

bagi upah lah...
xpun guna kuasa kekerasan @ veto
ekekekekek

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

ziarah di pagi jumaat ini

nahmy said...

samalah dgn anak sulung kita tu. tapi semenjak guna 'kekerasan' sikit barule ok sikit. tp bila ok 'reward' pun kita bagi. mungkin cam bapak dia dulu kot...heheh..heh

zue said...

Kak anie,
mudah2an ya kak doa ibu utk anak2 nya.

Ati Masrif,
waalaikumusalam...anak2 ni bukannya takut dgn ibunya...kita yg naik leter asyik mmbebel kan dia..dia nya buat deek je..hehehe..kuasa veto pun ia gak.

zue said...

hans,
nak belajar pun kena upah ke? :)


sahromnasrudin,
waalaikumusalam...di hari jumaat hari penghulu segala hari.


nahmy,
anak2 ni dia belum matang pemikirannya...yg dia tahu nak main aje.
apa2 pun mmberi ganjaran diatas kejayaannya...bagus juga..supaya klu dia nak sesuatu dia tahu yg dia tak boleh dpt dgn percuma..selagi tak tunjukkan keputusan yg cemerlang.

Azma said...

anak lelaki saya pun sama kak.. tp bab melukis no 1. mgkin betul sesetengah pendapat pasal budak2 lelaki lmbt skit mature.. pikir main je zmn bdk2 ni..kdg2 bila dah bsr diaorg punya pencapaian lg bagus

zue said...

azma,
semoga anak2 kita brjaya dlm kariernya..harap hasif brtambah aktif dan sihat selalu.

Unknown said...

risau gak dgn perangai malas anak ni ...esok tak ada kerja yg bagus ade ke pompuan nak ngan anak sya nih ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.