Nak buat macam mana.

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 naik 20sen ke RM2.90 seliter berkuatkuasa tengah malam Rabu, demikian menurut Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).


Naib presiden PDAM Datuk Zulkifli Mokti berkata, peningkatan ini disebabkan kenaikan harga minyak mentah.

"Namun harga RON95 dan diesel kekal seperti sekarang," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Pada 2 April, harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter ekoran krisis Timur Tengah.

Petrol RON95 kekal RM1.90 seliter.
 
*************************************
 
Aku baru je pasang kuda baru dah naik harga...huhuhu...kuda lama dah x sanggup menanggung beban..pancit selalu..koyak rabak poket aku.
 
Naik2 harga minyak tak diberitahu main naik2 je...nasib baik aku gunakan minyak RON95..kena lak jalan hari2 jemm larat lah minyak..
 
Ni RON 95 lum naik2 lagi..klu naik juga..aku rasa mesti kecoh punya...
 
'Pencapaian diutamakan...Rakyat didulukan'...yang mana satu cer citer.
 
 
 
 
 
 

17 comments:

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Rakyat didahulukan....ermmmm...maksudnya rakyat kena bayo dulu...pastu baru kerajaan usahakan pencapaian yang diutamakan...demikian adanya.....huuu.

Miecyber said...

Rakyat di tindas , kroni di manjakan..

Zaman Kegemilangan Islam

MOKCIK AZWA said...

minyak dan harga barang2 lain akan naik lagi...sebab subsidi nak dihapuskan. Tapi Kerajaan tak nak buat sekali gus so sebab tu dia naik2kan sikit2...huhuhuhu

Azma said...

mmg geram rasa..wpun x guna RON97 tu..kita still boleh fikir kan..

Kita ni negara pengeluar minyak. Takkan negara kita skit pun x mampu nak handle kenaikan hrga minyak kat negara sndri.. Ntahla..

Mak Su said...

bENCIlah!!!

Rozali said...

Assalamualaikum Zue


Ikut cara Islam
Insyaallah
selamat didunia dan selamat di akhirat

Wassalam

Miecyber said...

Tukar kerajaan...


Tips Kejayaan

Nadri said...

nak buat mcm mana..dah kita yg pilih Gomen skrg..lg sedih bila Bank Negara menaikkan kadar OPR..so lepas nie blh lihat bank berlumba2 utk menaikkan BLR/BFR...

Nida said...

lepas ni pakat ramai2 naik basikal..

zue said...

cikgu ahmad,
rakyat didahulukan..klu ada potongan harga air mcm yg trdpt di selangor tu kan bagus..hehehe

miecyber,
nak buat mcm kannn inilah negara malaysia tercinta :)

zue said...

mokcik azwa,
betullah tu..baru2 zue dgr RON 95 nak naik juga..ni pun sumber dari org kerja kat minyak..huhuhu

Azma,
m'sia mmg pengeluar minyak..tapi tahulah ek..agak2 nya nak jadi tahi minyak.

zue said...

mak su,
tak boleh benci2 kena pasrah...

rozali,
waalaikumusalam..
semoga selamt dunia dan akhirat.

zue said...

miecyber,
kita lihatlah pilihanraya akan dtg...

nadri,
ye lah dgr citer BLR/BFR nak naik...masaklah nak bayor duit rumah...tak abis2.

nida,
klu rumah dgn tmpt kerja jauhnya kurang dari 5km..boleh gak naik basikal..ni lebih 25km gi kerja..masak kaki mengayuh..hehehe.

TheFusionTea said...

Alhamdulillah ada kuda baru :)

Zaitun said...

Salam ziarah.

zue said...

TheFusion Tea,
alah kuda pinjam kat b a n k je...

zaitun,
walaikumusalam..tq singgah sini.

nahmy said...

assalamualaikum. Pn Zue...jgn kita asyik di buai kelekaan sbb RON95 tu pun reganya yg sekarang ni dah tinggal nyawa-nyawa ikan je tu....adess!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.