Seni Pertahanan Diri.

Assalamualaikum wbt..buat teman2 blogger..'Selamat Hari Ibu' dan semoga ibu2 diseluruh dunia sihat walafiat hendaknya.

Anak aku Haris memasuki seni Silat Gayong. Nak masuk kompang tak dapat akhirnya aku hantar dia belajar silat.

Pada 5hb Mei 2011 (Khamis) pukul 8 mlm. Silat Seni Gayong Malaysia Akademi RS, Kulaijaya telah mengadakan majlis Perlimau Tapak dan Seni murid baru bagi tujuan penerimaan murid Gayong secara adat istiadat.

Taklimat dan penerangan perlaksanaan Majlis Perlimau Tapak dan Seni oleh Berbahgia Cikgu Mohd Jazwan bin Kahar. Wakil mandi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Johor, Malaysia dan Serantau.

Bahan-bahan untuk mandi disediakan oleh akademi RS dengan dikenakan bayaran sebanyak rm 29 shj.

Aku dah lama tak bau kemenyan...kat situ lah dia orang bakar kemenyan

Untuk tahu lebih lanjut pasal Silat Gayong ni sila klik disini http://silatgayong.org/

Lihatlah beberapa gambar dibawah ni yang dapat aku tangkap dengan gambo yang blur2 ni...guna hp nokia 6300 je..:)




acara dimulai dgn selawat dan salam serta bacaan al-fatihah dan 3 ayat kul.






Mereka ni telah diarahkan mengambil barang2 yang telah disediakan masuk kedalam plastik seperti 7 jenis bunga2/ akar sintuk dan sebiji limau nipis.






haris sedang didoakan oleh wakil mandi dengan memotong limau serta bertanya nama dan nama ibu.

Haris di katakan bersifat 'Tanah'.




dihujung tu..haris kena makan garam dan asam jawa.






akhir sekali haris kena makan pisang.






acara ikrar dengan menjunjung al-quran..













sebahagia darinya...bergambar beramai-ramai.






Semua sekali yang terlibat dalam majlis adat istiadat Perlimau Tapak dan Seni.



Air yang telah di doakan hendaklah dimandi dengan memakai kain basahan..tak boleh bogel :)...titisan air yang terakhir hendaklah di minum. Bahan2 seperti limau/bunga dan akar dikutip balik...tidak boleh dibuang sesuka hati..hendaklah ditanam. Lilin..hendaklah dinyalakan di mangkuk sehingga habis.



Itulah cara2 adat-istiadat yang haris telah buat...minta maaf jika ada terkurang atau terlebih...bukan apa..aku ni duduk jauh dari dia org ni.. .dgr2 tak berapa jelas...klu tanya balik kat Haris "entah ek...lupalah ibu"..nasib baik aku datang menyaksikan.




23 comments:

ahmad humairi said...

Moga haris dapat mempertahankan agama, bangsa dan tanah air dengan ilmu yang diperolehnya.

KAMATO said...

saya pernah join beberapa kumpulan silat juga sebelum ni, tapi tak pernah habis

Miecyber said...

Bagus masuk silat niee..

Saya dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Laksamana Malaysia.

Pertubuhan Seni Gayung Laksamana Malaysia


Burung Walit

zue said...

cikgu ahmad,
mudah2an insyallah.

kamato,
bila nak masuk sesuatu tu mmg brkobar2 akhirnya trgantung gitu...ni haris tak tahulah boleh brtahan ke tidak..:)

zue said...

miecyber,
tak sangka ek..miecyber pun org silat..kena nengok ni..seni silat gayong laksamana lak..

Kakzakie said...

Baguslah Zue anak-anak perkenalkan warisan zaman. Moga ia dapat memberi kebaikan padanya....

zue said...

kakzakie,
insyallah...
mula tu tak tahu apa nak penuhkan aktiviti utk haris...bila dgr akademi silat ada ditubuhkan dekat rumah tu yg masukkan haris.

Zaitun said...

Salam

Satu kebaikan masukkan anak ke aktiviti macam ni.

zue said...

zaitun,
waalaikumusalam...terima kasih.

dangarumbia said...

Oh... Tie tak tahu lak macam tu sekali nak masuk silat ni.. kena mandi dan jalani upacara tertentu.. Tak pe laa.. asal selamat dan dapat ilmu dengan berkat...

Ayie said...

huuu.. rindunya alam silat.. dah lama tinggalkan.. =.=''

Rozali said...

Assalamualaikum Zue

boleh jadi bodygat ibunya
he he

Wassalam

maza said...

tahniah haris.. kerna dah jadi anak seni silat..

lepas ni boleh jadi PENDEKAR pula.. hehehhe

Nida said...

Salam.

Dulu teringin nak belajar silat,,, tapi laa ni urat dah keras... klu belajar ada yg kena demam urat..:)

zue said...

tie,
zue pun tak tahu juga ada adat2 mcm ni..harap tak menyimpang sudah.

ayie,
bunga2 silatnya masih ingat lagi kannn.

zue said...

rozali,
waalaikumusalam...klu nak buat bodyguide utk ibu dia ni rasanya masih jauh lagi...:)

maza,
jadi pendekar mustar di pinang sebatang..hehehe

nida,
waalaikumusalam...nida..bersilat aje kat dapur tu yg x akan habis2nya. :)

Azma said...

isskkhh..penuh dgn adat ye.. rasa cam seriau plak saya..hehe..Saya ni terlebih moden kak (kononnya la..). Jrg duk tgk @ dgr aktiviti cenggini.. Menarik gak kan.. nak htr anak cik somi x de respon pun..huhu..

zue said...

azma,
klu ada yg brminat apa salahnya belajar seni warisan ni...selagi ianya tidak menyalahi agama.

Mak Su said...

bagus dan berfaedah ikuti persatuan mcm ni. tapi kalu dah pandai, jgn tunjuk lagak. kan

sahromnasrudin said...

assalamualaikum


semoga warisan nenek maoyang kita ini dapat diteruskan oleh haris...

zue said...

mak su,
harap ilmu yg dipelajari tidak disalah gunakan. insyallah.

sahromnasrudin,
waalaikumusalam...harap begitulah.

ieja amieja said...

assalamualaikum zue...

elok jgk bdk2 msk aktiviti cam ni, skrg2nyer dorang x melepak x tentu hala..dpt mendisiplinkan diri dorang..anyway ank sy sndr nak msk karate pun x lps lg...

zue said...

ieja amieja,
waalaikumusalam...bukan apa ieja..masa muda2 tringin nak masuk silat tapi masa tu ditmpt kzue x ada yg menganjurkan...tu yg bila ada akademi ni..terus masuk kan haris.
alhamdulillah haris dah tunjukkan minatnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.