Boleh pulak tahan tak merokok...

Kajian mendapati 95 peratus daripada perokok beragama Islam menyatakan lebih mudah untuk berhenti merokok dalam bulan Ramadhan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata berpuasa 14 jam sehari secara tidak langsung membantu perokok untuk lebih mudah berhenti kerana sepanjang tempoh itu mereka berupaya mengawal diri daripada merokok.

Justeru itu, Kementerian Kesihatan setiap tahun mempergiatkan kempen berhenti merokok menerusi program Nafas Baru Bermula Ramadhan dengan slogan 'Ramadhan titik permulaan untuk berhenti merokok'.

"Jadi gunakanlah kesempatan Ramadan ini kerana ia peluang terbaik bagi perokok berazam dan seterusnya meninggalkan tabiat merokok," katanya pada Seminar Pendidikan Fatwa-Merokok Adalah Haram di sini, baru-baru ini.

Dr Hasan berkata ia secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang mencecah RM3 bilion setahun, untuk merawat tiga penyakit akibat merokok seperti jantung, kanser paru-paru dan penyakit paru-paru kronik.





Suamiku memang perokok tegar...tapi bulan puasa ni boleh pulak dia tak merokok...tahan dan tak kisah pun.

TAPI...

Bila waktu berbuka puasa dia dah makan kenyamg...bukannya terus gi sembahyang dulu...keluar rumah hisap rokok dulu dah dapat hilangkan giannya barulah masuk sembahyang.

Asyik duduk kat luar rumahnya...hisap asap banyak2 kasi kembung perutnya dgn asap...org kenyang dgn makanan tapi dia kenyang dgn asap.

Tak tahulah nak nasihat apa lagi kat 'org tua' ni tak makan saman...yang geramnya merokok kat tandas..ni yang hati aku pun turut panas. :(



Memang aku larang suami merokok didalam rumah...ni kes curi2 merokok bila aku tak ada rumah.
Kita yang tak merokok mmg boleh kesan bau kat bilik air...biarpun ianya dah berlalu dalam 2 jam.

Dah malas dan tak kuasa nak nasihat lagi...orang kata dah tua ni dah liat...klu pakai gigi palsu mau tercabut gigi ...:)





27 comments:

Kakzakie said...

Ala... zue kalau dah hisap katanya memang susah nak berhenti.

Yg hairan tu Zue, abang kakak tak hisap tapi anak-anak dia hisap tau...

HappyIrfa said...

mmg la kak zue..kdg tu sakit ati tau.berbuka x sempat makan tp bantai isap rokok dulu

Mommy Fara said...

Suami saya pun mcm tu.

Perokok tegar!

Heheheh!

zue said...

kak zakie,
pernah 2 kali cuba nak brhenti...kononnya...hampeh...

HappyIrfa,
betullah irfa...rokok tu boleh buat dia org kenyang kot.

zue said...

Mommy fara,
sama gak..hahaha..sabor je kan..

s a r said...

assalamualaikum kakzue.

hee.. samalah mybro kak even abah tak merokok. dia sendiri kata bulan puasa kurang sikit duit kena bakar. (beli rokok). tapi lepas je berbuka, cepat2 makan, bukan kejar nak solat. sibuk merokok dulu.

haish! memang tak galakkan merokok langsung sebenarnya. mymum dah sound awal jangan merokok dalam ruma. dalam tandas? memang tempat habit la tu. hangin je toilet bau rokok. memang kena bebel la. hee

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Zue,

Itulah keberkatan bulan Ramadhan yang kita nampakkan. Dan alangkah baiknya jika perkara baik ini berterusan sehingga selepas Ramadhan sebab Ramadhan ini boleh diibaratkan sebagai bulan latihan.

zue said...

sar,
waalaikumusalam...susah juga ek..nak suruh org yg merokok ni brhenti...mcm kita trhidu asap kan tak tahan kita dibuatnya mcm sesak nafas je.
ni yg hisap rokok hari2 mcm mkn nasi juga ek nikmatnya.


kak ani,
waalaikumusalam...mmg betul kak ani ramadhan ni ibarat bln latihan...'nak seribu daya tak nak seribu dalih.'

Zaitun said...

Salam zue...hubby kak Zai pun perokok tegar macam hubby zue juga,dulu selalu bising tapi sekarang dah malas dia nak merokok kat mana pun kak Zai dah tak kisah.

wahida said...

saya pun pelik ngan adik saya tu, time puasa boleh lak tahan tak merokok, tapi bila berbuka terus carik rokok...

gian benar nampaknya tu...

sahromnasrudin said...

alhamdulillah saya tak merokok..

tapi tgk member merokok tapi leh pakai BMW, rasa tak berbaloi plak tak merokok..

bila merokok, dia jimat lebih cikit kot huhuhuhhhh

zue said...

zaitun,
kita org ppuan klu kita nasihat dikatakan kita ni kuat mmbebel...so skrg ni diam kan aje...lantaklah.

wahida,
betullah wahida...dpt rokok dulu baru fikir mkan...entah apa2 lah dia org ni x sygkn kesihatan.

zue said...

sahromnasrudin,
suka dgr klu x merokok...mulut x busuk..bdn x bau asap..gigi pun x brkarat :)

Hans said...

nasib den xmerokok

Papa Mifz said...

alhamdulillah papa mifz merokok tp gigi papa mifz putih dari gigi org yg x merokok...hehe

nak berhenti susah...tapi papa mifz dlm proses nak berhenti....insyallah...kat rumah mmg x hisap....

zue said...

hans,
kzue suka dgn mereka2 yg tak merokok ni...

Papa Mifz,
PM.. belum lagi karat..klu dah lama PM sedup asap tu lama kelamaan gigi mula cepat rosak tau mcm suami kzue manjang sakit gigi.

cubalah kurangkan merokok tu sedikit demi sedikit...org kata klu cuba brhenti terus takut pnyakit baru dtg lak..

Miecyber said...

Haramkan rokok...

hanez said...

salam, rokok tu haram..

ummu said...

assalam Kak Zue
mesti kak zue seorang yg penyabar kan..yelah, kalau bau bekas rokok dalam bilik air pun,sbenarnya kita dah boleh rasa bau tu tak sedap.

erm, kawan saya, arwah kakak dia kena kanser paru2, tapi dia bukanlah perokok.yang perokok tegar, salah seorang ahli rumah dia.

Cikli said...

menjana ekonomi negara tu

hani@debumelukut said...

Alah, biarkan aje dia camtu..kalau larang pun bukan dia dgr, sampai masa dia berhenti sendiri lah tu..akak dah lali benar dgn perangai org yg merokok ni..

zue said...

miecyber,
ahh haram ke?

hanez,
waalaikumusalam...entahlah ya?

zue said...

ummu,
dulu selalu gak bising2 kat suami...siap bagi amaran jgn salah anak esok2 anak pun ikut merokok. eh dia buat dek je.

skrg ni dah x kisahlah..lantaklah..yg x bestnya klu dia tgh tension mulalah merokok lebih2.

selalunya org yg x merokok yg jadi mangsa perokok...ini brmakna kzue dan anak2 yg trimanya.

zue said...

cikli,
mmglah menjana ekonomi sbb lagi kerajaan naik kan harganya tetap dia org sanggup beli.


hani@debumelukut,
betullah tu...dah x makan saman.

nahmy said...

saya tak merokok tp paham isu idup dgn perokok sbb dulu masa belajar satu bilik dgn perokok. kena sabor je byk2...teruskan dgn rungutan 'berlazer' tu...lama2 insyaAllah give-up le tuh

Nida said...

Salam kak Zue..

Musykilkan.. bila puasa boleh pula tahan tak merokok.. hmmm

p/s: Jemput lihat kad raya dalam blog Nida ye :)

seputarkesehatan said...

terimakasih artikelnya sangat elok
Obat Berhenti Merokok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.