Keadaan jalan raya dibulan puasa.

Assalamualaikum wbt...sekejap je dah 11 hari kita berpuasa..bagaimana kawan2 masih penuh puasanya atau dah tertuang...:)


 

Beginilah keadaan waktu balik kerja di jalan Tasek menuju ke jalan Skudai Johor Bahru.
Jambatan ni baru siap...ada 2 tingkat..tingkat 1 ikut jalan ke pantai.

Boleh dikatakan hari2 aku pergi kerja dah balik kerja akan menempuh jemm.
Semakin jalan dibesarkan semakin jemm bertambah...nampaknya kerajaan Johor masih lagi tak dapat menyelesaikan masalah kesesakan di bandar JB.

Nak2 bulan puasa sekarang ni lagi lah sesak...masing2 nak cepat sampai rumah dan apa lagi kena cilok sana-sini..klu dok lorong yg slow jln mengalahkan kura2 apa lagi sibuk nak kekiri atau kekanan.

Dengan motorsikal yg byk...asyik kena hon aje dgn dia klu kita nak ambil kiri atau kanan...oooi awak tu roadtax bayor rm2 je jgn le nak lebih2 gak hon2 kat kita...beri laluan lah.

Selalu berfikir malasnya nak gi kerja...rasa nak ambil cuti je..tapi memikirkan hari raya esok nak cuti panjang terpaksalah kerja gak.





17 comments:

redza said...

mmg tension gilerlah..masing2 xmo berbuka dlm kereta hehe

zue said...

redza,
mana jln nya jemm..mana nak gi PARAM...klu lmbat smpai rumah..kesian pulak anak2 tunggu...mmg tension.

maza said...

K.zue gi ler cadangkan dgn MB kasik bikin LRT, MRT, Komuter bagai... tak lah bergantung kpd satu mod pengangkutan aje... uhuk!

Mohamad said...

Salam Ramadhan.. begitulah hakikatnya bekerja di bandar kan.. sibuk. Tapi, saya di sini satu lampu isyarat pun tak ada. Namun ada juga kakitangan yang datang lewat..

Ann Huda (Ate) said...

Ate ke pejabat sekitar 5 minit ja. Alhamdulillah tak da lah masalah 'jam lekat-lekat'. Ekceli buleh jer nak jalan kaki, tapi malas berpeluh2 sampai tempat kerja, cair bedak nanti.. :).

Apa pun, bagi yang pergi kerja harus menempuh jalan jam, nak buat cam ne. Terpaksa jer lah sabar kan...tu baru JB, belum lagi KL dan yang lebih parah lagi yang duduk Jakarta atau Bangkok. Mau stress berat...:)

zue said...

maza,
sapa lah kita ni nak gi cakap dgn MB..kita ni kan 'melukut di tepi gantang'..:)

zue said...

mohamad,
waalaikumusalam...best tu x ada lampu isyarat kat sana.

kaki tgn yg jenis dtg lmbat kat opis kzue pun ada dah bagi warnning...tak makan saman.

zue said...

Ann Huda (Ate),
kita ni org ppuan nak gi keja mestilah brbedak bagai...:)

kesabaran mmg lah kena ada tapi yg x syoknya pemandu ni suka potong Q..dah tu main cilok je...hampir2 nak langgar dia.

wahida said...

saya ni gi keje balik keje naik motor je kak..kalau naik keta, mmg tak sempat la amek anak bagai...huhu...

zue said...

wahida,
dulu2 kzue gi keja pun naik motor dgn suami..tapi suami dah x larat sbb dia ada asma tu trpaksa naik keta je.

MOKCIK AZWA said...

Mokcik pun pelik napa la jadik jem gitu ek..mokcik pun cita2 nak balik awal kononnya, tapi bila kena tempuh jem nak keluar dari bangunan hampir 15 minit, kat jambatan lagi 15 minit..baik balik lewat sket...huhuhu

Mommy Fara said...

Duduk JB ke?

=D

zue said...

mokcik azwa,
bagi balik awal pun sama gak sampai lambat juga..tapi sempatlah berbuka puasa sbb x singgah PARAM.
Klu singgah pun dekat2 umah je.

Mommy Fara,
kerja JB..tinggal Kulai.

Cikli said...

pendapat saya, kemalangan akan dapat dikurangkan jika kita amalkan yang besar utamakan yang kecil.
lori bagi muka kat kereta, kereta bagi muka kat motor, motor bagi muka kat basikal dan pejalan kaki. pejalan kaki bagi muka kat orang yang duduk mintak sedekah di kali lima.

nahmy said...

mmg kita kena byk sabar di bulan posa nih, kat KL pun sama je keadaannya...jam dah menjadi-jadi...adeh!

Miecyber said...

Dugaan berpuasa...

ieja amieja said...

ada hikmah nyer jd surirumah yer kak..x terkejar2 bergaduh dgn jam..hehe..terkonang dolu2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.