Mula bekerja.

Assalamualaikum wbt...semoga kekawan semuanya sihat walafiat hendaknya...ni mesti terlebih makan.

N3 yang lalu ada menceritakan pasal bonus yg dijangkakan tak dapat...alhamdulillah..syukur kehadratnya dan doa kekawan semua akhirnya...dapat juga 1/2 bulan gaji. Lega rasanya sebab bonus tu lah dapat diberikan kepada anak2 buah...mmg rezeki mereka.

       ***************************************

Setelah seminggu bercuti akhirnya kembali bertugas seperti biasa.

Di tempat kerja...masih mood raya lagi. Nak buat kerja lum semangat...sebab bos pun masih cuti lagi.

Apa lagi layan FB yg dah seminggu  tak bukak.

Wah...kat FB bukan main lagi mereka2 ni menunjukkan gambar2 keluarga yang kesemuanya sungguh meriah dan heppening gitu. Yang tak bestnya tahun ni family aku tak sedondong..nampak macam kureng gitu.


9 adik beradik cuma 1 keluarga yg tak ada pergi beraya dirumah mertua dan
6 org anak buah yg bekerja dihari raya.



18 comments:

Mie said...

Wah meriahnya... Untung orang ramai adik beradik ni.

Saya ada tiga orang adik beradik yang tinggal di Kulai...

mr kay said...
This comment has been removed by the author.
ahmad humairi said...

mula bekerja....moga bertambah baik lagilah prestasinya hendaknya, insyaAllah.

Azma said...

Selamat Hari Raya kak..

Maaf jika ada salah silap ye..

Selamat bertugas semula..

Zaitun said...

Selamat hari raya zue... maaf zahir dan batin.

Kalau dah berkumpul ramai2 tentu meriahkan.

zue said...

mie,
bila dah ramai..mcm2 perangai ada.
tq krn brtandang di blog zue.

zue said...

cikgu ahmad,
mula brkerja dgn mood raya :)

zue said...

azma,
sama lah kita ek..slmt hari raya.

zue said...

zaitun,
mmg meriah dan kecoh pun ada...nak2 budak2 kecil...mana yg memekak dan mana yg menangis.

keluarga zue klu buat kenduri x pernah panggil jiran2 tolong kami adik bradik dah cukup..itu untungnya anak ramai.

sahromnasrudin said...

semoga prestasi kerja kembali memuncak..selamat bekerja...

zue said...

sahromnasrudin,
insyallah...kerja dlm mood raya lagi :)

azmnor said...

Salam kenalan dan Salam Aidil Fitri Minal Aidil Wal Faizin...selamat bertugas semula dah dah mula bertugas isnin lepas...

best apa walau tak sedondon...

maza said...

perkhhh.. tetiba aje rasa nak beranak ramai...

kalau raya nanti baru best, terasa kemeriahannya.. hehehe

wahida said...

wow...meriahnya...inipun tak cukup chorum kan..kalau tak sure lagi happening...

nahmy said...

wow! bestnya keluarga besar camni...mesti riuh dan gamat tu...uuu

Nida said...

Salam Kak Zue..

Kita samalah ada 10 beradik...

Ceria sangat nampak gambar ni....

MOKCIK AZWA said...

Zue..meriahnya..seronok bila dapat berkumpul beramai2 kan hehehe..

kami sekeluarga tak pernah pakai sedondon sebabnya anak2 bujang lebih selesa mengikut warna kegemaran masing2 hehehe..

Tie said...

Samalah dengan family kami, kalau datang mesti 3-4 buah keluarga sekali gus. Mana tak pengsan dibuatnya, ekekeke.... Tapi seronok, kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.