Maulidur Rasul...

Rata-rata seluruh dunia membuat sambutan maulidur rasul seperti juga di taman saya.Minggu lepas iaitu hari Sabtu..18hb Feb. 2012 bersamaan 25 Rabiulawwal 1433 hijrah.


Kali ini Masjid di tempat saya buat sederhana saja...tiada karnival (jualan) yang selalu dibuat setiap tahun.


Jemputan penceramah dari UTM/JB. Lupa lak nama ustaz tu. Ceramahnya berdasarkan tema tahun ni iaitu “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”.


Ceramah dibuat selepas solat Maghrib. Banyak pengajaran yang kita dapat bila kita hadir di majlis ni..cuma sesekali hilang fokus dek kerana kebisingan anak-anak kecil yang bermain2 di depan kita.


Habis saja syarahan tu...mereka terus buat solat Isyak dan yang lain2 dijemput makan.


Kononnya tak lah berebut2 nak beratur ambil dulang nasi tu...bila dah lenggang sikit baru le gi ambil..rupa2nya dah habis.


Peliknya pengunjung yang datang punya lah ramai hidangan yang dimasak...cuma untuk 300 orang aje...alahai kesiannya kepunan nak makan nasi minyak kat dulang..:(


Maulidur Rasul tahun lepas (2011)


Yang kesiannya anak2 kawan2 saya yang dok merengek nak nasi...alahai apa nak buat tak ada rezeki..kita2 yg tua2 ni pun terasa juga sebab tengok orang2 makan nampak sedap je...yang kita ni..apa hal balik terus makan kat umah je.

Tujuan asal untuk mendengar syarahan agama jadi usahlah merunggut bila tak dapat makan...tapikan dah jadi kebiasaan kan bila ada majlis maulud mesti ada makan...kan..


Inilah Duniaku,



10 comments:

Kakzakie Purvit said...

Memanglah tujuan utk mendengar ceramah tapi dah jadi kebiasaan ada makan pasti ramai yg tak masak dan beranggapan boleh makan di majlis. Sepatutnya AJK bila dah nampak org ramai kenalah masak lagi (eh bukan komen tau zue) tapi kalau tempat kakak selalu gitu... tak kisahlah nasi putih pun...

Masa senduk kena amalkan surah Quraisy... so sikit pun cukup insya-allah. Masa masak baca suroh al Kauthar insya-allah sedap.. (petua bapak kakak nie zue)...

ummu said...

salam Kak Zue
wah ni kena amsk lebih ni tahun depan..
agaknya jawatankuasa program pun tak sangka ramai yg datang dengar ceramah tu

zue said...

kakzakie,
betullah...zue pun mmg nak mkn kat masjid...ni lah prtama kali tak dpt mkn. tak tahulah knpa AJK kali ni...

ummu,
waalaikumusalam..selalunya mmg dia org masak byk siap ada lauk kambing gitu...entahlah kali ni...kzue tak berani nak komen2 lebih sbb tak tahu duduk perkara sebenar...

ieja amieja said...

assalam kak zue..lama x singgah cni..selalu akk x de..
betul tu..mungkin AJK x meramalkan kedatangan yg ramai kot..ALLAHUALAM..

maza said...

..aderkk! kesian sungguh...

tak pe, kedai mamak ada, meh pakat ramai gi kedai makan rakyat 1Malaysia..

hehhehe

Nida said...

Takut ada yg datang time makan jer.. time ceramah hilang entah ke mana...

MOKCIK AZWA said...

Alahai kannnn...nak buat camna kan Zue..tak aper la..balik rumah kita makan kat rumah..

zue said...

ieja amieja,
waalaikumusalam...kzue rasa Ajk mmg tahu org akan dtg ramai sbb setiap thn klu masjid di tmpt kzue mmg ramai org...ni mungkin dia org mmg nak masak utk 300 org puye mkn je..sbb tukang bagi hidang ada cakap dekat kzue sendiri.


maza,
lepas x dpt mkn mmg niat nak gi kedai mamak je...fikir nasi dan lauk kat umah pun masih ada lagi...mkn umah lagi bagus.

zue said...

Nida,
perkara biasa tu..dtg masa ceramah dah habis...:)

mokcik azwa,
mmg x ada rezeki...kesian kat anak kwn tu...merenget lak tu...nasb baik anak2 zue semua x nak ikut.

Anonymous said...

Salam Zue,

Dah tak ada rezeki kat situ hari tu. InsyaAllah panjang umur tahun depanlah pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.