Darah Pekat.

Lama sungguh tak jengok rumah. 2 minggu kebelakangan ni aku begitu sibuk.

Minggu ke- 1.
Sebelum raya haji...aku balik kg n.9 lebih awal kerana mak mertua masuk hospital. Dekat seminggu juga aku kat sana. Nasib baiklah ada adik ipar perempuan dialah yang menjaga mak kat hospital. Adalah dalam 3 malam orang tua tu kat hospital.

Masa dapat panggilan dari bapak mertua...cemas juga sebab mak mertua tak pernah masuk hospital.

Puncanya...jantung tak stabil, itu yang kena tahan. Periksa darah...doktor kata..darahnya pekat sangat kena ambil ubat untuk cairkan darah.

Baru aku tahu ada darah pekat dan cair...begitu juga dengan darah yang kurang garam.
Darah pekat boleh menyebabkan seseorang itu mudah diserang sakit jantung.
Banyak pantang2 nya dari segi makanan dimana tak boleh ambil sayur-sayuran hijau dan kekacang. Bunga kobis/brokoli/daun sup pun tak boleh. Ini kerana sayuran hijau memekat kan lagi darah.
Kesian sungguh sebab mak mertua suka makan sayur.



Minggu ke- 2.
Naik kerja lepas raya haji...kerja kat opis dah menunggu. Tu lah pasal tak dapat jengok rumah. Benda nak kena siapkan cepat. Ni...tengah sibuk2 buat kerja sempat juga menyelam minum air.

8 comments:

en_me said...

bznyerrr.. ehehe

Mak Su said...

drh krg grm? alamak, maksu jenis apa ek.....

maiyah said...

moga mak ok ye.. skrg pemakanan mmg nk kene pantau, kita yg muda ni (pasam jap) pun bleh kene pnyakit

um. masyitah said...

Ya Allah,darah pekat tu bahaya tu. Moga-moga mak Zue ok..

naz ilyn said...

salam... mmglah mcm tu kalau darah terlalu pekat nnti boleh kena strok... kalau terlalu cair pun tak boleh gak... moga cepat sembuh mak mertua zue tu yer...

zue said...

en_me,
yap..

----------------
mak su,
klu zue ni terlebih garam. jenis darah apa aik ?..kenalah periksa.

----------------

maiyah,
mmg lah kena jaga2. sedap mkn je badan terima padahnya.

zue said...

um. masyitah,
alhamdullilah setakat ni keadaan mak mertua zue dah terkawal.

----------------------
ilyn,
mmg betul ilyn terlebih pekat x boleh tercair juga lagilah.

generasi clan said...

hai salam kenal...
oleh itu kita perlulah menjaga pmanakan kite agar tubuh kita sihat dan walafiat hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.