Dialek.

Tetiba aku teringat pasal loghat2 org negeri sembilan. aku ni faham sikit2 je sebab aku keturunan org jawa. Almaklumlah bersuamikan orang nogeri sikit2 tu faham juga. Suami orang Lenggeng. suami pulak gelar anak kami keturunan jaminang.

Mukim Lenggeng amnya dan kampung Lenggeng khususnya adalah penempatan masyarakat Minangkabau. Dengan itu budaya dan warisan Minangkabau mempengaruhi kehidupan masyarakat setempat. Masyarakat Lenggeng menggunakan dua jenis loghat secara umumnya iaitu loghat negeri dan loghat Minang. Generasi tua di Lenggeng selesa menggunakan loghat Minang berbanding dengan generasi muda yang sudah biasa dengan loghat negeri. Ini berbeza dengan kawasan daerah dan mukim lain di Negeri Sembilan yang didominasi loghat negeri. Ini bukanlah menjadi satu kehairanan kerana ada keluarga di Lenggeng yang masih mengekalkan perhubungan dengan sanak saudara mereka di Sumatera.

Penutur bahasa Melayu di Negeri Sembilan telah dipengaruhi bahasa Minang. Ini disebabkan negeri itu mempunyai sejarah panjang dengan Suku Minangkabau dari Sumatera.


Masa awal2 kahwin dulu mmg susah juga nak faham sebab keluarga belah suami bercakap menggunakan dialek negori campur minang. Bila dah masuk kedlm dunia 'dia' baru lah faham sikit2 je. Kalau ada kenduri kendara kat kg, org tuo2 kat sana akan dtg bergotong royong (org jawo kata rewang) aku mula lah melopong je sambil tersengih2 konon2 faham padahal tak faham langsung. belah org tua kg suami ni klu dah berjumpa dia org guna bahasa minang. Mana lah aku faham. mereka berbual kat aku...aku dok ya kan aje le.

mak mertua berbual kat aku...kekadang tu dia lupa yg aku ni tak berapa faham sangat..ada dia cakap 'beralek' puas aku mengingati ayat tu dgn citer yg dia cakap kat aku. suami pulak menyampuk..tahu tak beralek tu. aku terus jawap tak tahu. dia org pun tersenyum kat aku. maknanya 'kenduri kahwin.'

Anak aku Haris kalau balik kg...mulalah terikut-ikut cakap org negeri. Pandai pulak dia cakap. Suami pulak...kalau di johor cakap biasa je tak pernah pulak dia nak cakap org negeri mungkin tak kena dgn regunya.

Kamus Dialek Negeri Sembilan
(byk huruf 'O' nya.)

antara contoh-contohnya:-

Koba - kata/menyatakan
Goba - selimut
Podeh - Pedas
Ambik - Ambil
Copek - Cepat
Ongka - seram sejuk, rasa mcm nk demam
Menceler - buang air besar
selemo - selsema
abuk2- masa masak rendang...mak mertua cakap dah masuk kan abuk2.
aku dok berfikir abuk apa pulak.
rupanya kerisik.
beralek- kenduri kahwin
gadang - besar
kasai - masa ni haris kena demam campak lalu mak mertua aku suruh kasaikan haris. apa benda lah tu...kasai.
rupanya kunyit yg dilumat dan di lumurkan ke badan.

15 comments:

en_me said...

kasai ghitewww.. ekeke

Mak Su said...

maksu orang rembau, dialek nogori... tak paham dialek minang :)

Puteri said...

kite ingat stu bnda ada pkcik2 suko psan

"bolajo botu-botu!"

huhu..

i'm at nilai

hans said...

den suko loghat org nogoie nih hah jang
suko sangat
tak tahu sebab apo

myQza said...

apobondo eh!! dah jadi org negori.. kono bolaja. nanti omak montuo tambah sayang!
ekekekekekke

naz ilyn said...

salam...loghat minang senang sikit nak paham tp loghat minangkabau ada susah sikit...apa-apa pun tetap serumpun..rugi rasanya tak belajar loghat minang dari dulu.

Maiyah said...

jiran den n9.. den molako :D

zue said...

en_me,
dulu mmg den tak tahu.

---------------------
mak su,
dialek minang ni cakap nyer laju sgt. kadang suami pun tak faham.

---------------------
puteri,
akak ni bljar dari pendengaran dan prcakapan mereka.

zue said...

hans,
sobab byk sgt guno huruf 'o' kan dan cakap nya kito bole ikut.

-----------------------
si tedi,
menantu kesayangan...nak trgolak den dengar.

-----------------------
ilyn,
belah keluarga suami...bila brcakap dgn akak dia org akan ckap bahasa biasa je tapi bila jumpa dgn sesama mereka baru bahasa nogeri atau minang.

itu yg kadang2 akak akan tanya kat suami mana yg akak kurang faham.

aNIe said...

Zue...seronok dpt belajar dialek lain dari dialek kita dibesarkan...akak ni orang Melaka...kawin orang Melaka...jadi sama aje...heheheh

Puteri said...

hehe..
snok juga kkdang ckp dialek ngori tuh..

kdg2 ckp dgn dgn buah umo 5thun (kmpom dia xphama).. tp dia suka ikut apa yg kte ckp..

"apo kono jang?"

dia plak mmg ska bhasa yg xdia phm..
ngeh3...

zue said...

maiyah,
ok juga ekau berjiran org n9.

----------------------

kak anie,
mmg seronok...bila ahli keluarga zue dtg ke rumah belah suami...mereka pun turut sama terikut2 cakap.

----------------------

puteri,
anak akak haris pun suka ikut ckap org n9 ni.

hans said...

hahhaha
maybe tapi sedap juga la dengar

Rio gefani said...

aden ughang minang asli...
Bulieh ikuik komen di siko..?

Rio gefani said...

aden ughang minang asli...
Bulieh ikuik komen di siko..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.