Anak Remaja.

Bila anak-anak mula meningkat remaja...buat hati kita tentu arah dibuatnya.

Kan kalau tak turut kan...mulalah tunjuk muka 14 kat kita. Bila dah diberi sedikit kelonggaran
disalah gunakan.

Nak-nak dengan kegunaan HP ni..kita beri dia hp untuk kesenangan dia berhubung dan bukan untuk
bercinta2..belum masanya. Sekali bil hp sampai..peh..melambung bilnya.
Mulalah si ayah naik angin...

Sunber dari en GOGGLE...

APA ITU REMAJA

Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain.

PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI

Bersama perubahan fizikal, akan berlaku perubahan emosi dan psikologi. Semasa menjangkau usia remaja, anda mula tertarik kepada remaja berlainan jantina. Perasaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari proses pembesaran.
Tetapi, perasaan ini perlu dikendalikan dengan bijaksana supaya tidak Menghancurkan masa depan remaja.

PERUBAHAN-PERUBAHAN LAIN:
Perubahan- perubahan lain yang tidak kurang penting adalah:.
-Perasaan ingin mencari identiti diri
-Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri
-Ingin mencuba perkara-perkara yng tidak pernah dilakukan sebelum ini.
-Penerimaan rakan sebaya adalah penting.

Pada usia inilah pengaruh-pengaruh buruk yang berada di persekitaran seperti pergaulan bebas, merokok, pengambilan dadah, lepak, pemakanan tidak sihat dan sebagainya cuba meracuni golongan remaja.

Bimbingan keluarga, pelajaran dan ugama adalah pedoman untuk menunjuk arah masa depan.

SOKONGAN SOSIAL
Dalam melalui saat-saat manis alam remaia, anda perlu berinteraksi dengan rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan mampu mengatasi cabaran hidup secara berbincang dan bertukar fikiran dengan:
*Ibubapa.
*Rakan sebaya: Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya.
*Guru/ orang dewasa yang boleh dipercayai.

Sertailah program remaja di sekolah ataupun yang dijalankan oleh masyarakat di pesekitaran anda

TIDUR SECUKUPNYA
Remaja memerlukan banyak tenaga untuk membesar. Oleh itu remaja perlu berehat secukupnya. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
Semasa membesar, anda akan lebih kerap berpeluh. Oleh itu anda perlu selalu mandi dan mencuci rambut.

PEMAKANAN YANG SEIMBANG
Jika anda mahu kelihatan ceria, cergas dan cerdas anda perlu mengambil makanan yang seimbang. Nasi, mi, bijirin, sayur--sayuran, buah-buahan, ikan, daging, telur, susu dan hasil tenusu serta kekacang. Kesemuanya memainkan peranan penting dalam diet harian anda.

BERSENAM SECARA TETAP
Senaman akan:
Menguatkan otot
Menjadikan remaja segar pada waktu siang.
Membantu remaja tidur lena di waktu malam.

ALAM REMAJA MENGUBAH PANDANGAN ANDA
lbubapa anda merasa gembira kerana anda telah menjadi matang, tetapi mungkin akan merasa sedih kerana kini anda tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan mereka.

Anda mungkin menghadapi tekanan utuk memilih antara peraturan ibubapa dengan Kemahuan anda sendiri.

Anda akan mempunyai lebih tanggungjawab samada di rumah mahupun di sekolah. Anda Terpaksa membuat keputusan mengenai......

-Nilai yang ingin anda pilih
-Memilih rakan sebaya
-Arah masa depan anda
-Cita-cita anda

Anda perlu belajar berbincang dan berkongsi perasaan dengan ibubapa. Luahkan perasaan anda dengan ibubapa

HIASILAH DIRI ANDA DENGAN NILAI NILAI-MURNI
Hormatilah orang-orang yang lebih tua dari anda.
Hindarkan diri dari pengaruh rokok, dadah dan arak.
Amanah
Dekatilah diri anda dengan ajaran agama.
Bantulah rakan yang memerlukan pertolongan.
Menabung untuk masa depan anda.

ZAMAN REMAJA ADALAH MENYERONOKAN SEKIRANYA ANDA.
-Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi, mental dan sosial semasa remaja.
-Mahu belajar dan bertanya mengenai alam remaja.
-Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli keluarga.Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda

18 comments:

deena farhana said...

slm kak zue..

betul tu kak...adeh..slalu slh guna hp..xtaula nk kata camana..

maslinamansor said...

dulu2 bila takdak HP... telefon tetap tue gak dikacau mereka...

Pada usia remaja ini yang menjadi kan ibu bapa supaya lebih bersabar dan memahami jiwa mereka.
Sebab pada usia nin jiwa mereka sering kali memberontak...

kayteeze said...

Kebanyakan remaja sekarang hanya biarkan nafsu mengawal diri mereka.

ain said...

anak saya pulak mabuk FB. pening kepala!!!

MOKCIK AZWA said...

anak mokcik pun mabuk FB gak...so mokcik add kan mereka sebagai kawan supaya dapat pantau. Pehtu mokcik bagitau depa, kalau ada awek kasi tau mokcik...hehehe...

kak wan said...

Akak anggap anak remaja mcm kawan je supaya dia org tak sembunyi apa - apa.
Tu lah kadang2 anak confuse..ibu ni cam org muda...keh..keh.so far anak2 under control lagi.

Rozali said...

Assalamualaikum Zue

saya ada anak remaja

kita perlu berdamping dgn mereka selalu

Wassalam

kakcikseroja said...

Kakcik 'terpaksa' melunaskan bil handphone - yang kalau beli baju boleh dapat berpasang2, gara2 anak teruna yang 'bergayut' tak kira masa! Nak di potong line - kita pulak susah nak hubungi dia. :(

zue said...

deena farhana,
wsalam...dah ada kemudahankan..ni parahnya tukang mmbayar.

maslinamansor,
mmg jiwa remaja suka memberontak...tapi anak dara k.zue ni jenis x melawan klu kena marah..bukannya kita x beri dia brckap kat telefon tapi berpada2 lah.

kayteeze,
dia org ni fikir suka2 je...yg kena tanggung mak bapak gak.

zue said...

ain,
budak2 ni pun mabuk fb gak..mcm ibu dia(hiss terkena lak aku)
hp pun..jalan.

mokcik azwa,
fb ni dah tak kira muda...yg tua2 sama gak...tapi mmg kita leh bacalah mana yg kita friend kat dia org..tapi x leh tahu juga mana yg dia org chat or guna message.

kak wan,
alhamdulillah...bila anak dah boleh kita buat mcm kawan so tiada rahsia2 lah. mesti awet muda kak wan ni...thank singgah sini.

zue said...

rozali,
waalaikumussalam...tiap2 hari sy selalu telefon rumah bila anak sy dah balik sek. walaupun sy di tempat kerja ingatan sy tetap kat umah dah memikirkan anak dah makan ke belum...dan mcm2 lagi berfikir apa dia buat kat umah seorang2.

kakcikseroja,
mmg klu di fikirkan mmbayar bil telefon dah boleh beli mcm2 barang.
ni lah anak2 tak fikir betapa susahnya nak cari duitkan...mereka hanya fikir yg seronok2 je.

pB said...

SALAM


pB pun dok tengah pening dengan anak dara pB yang no 2 tu..

Dah ada peminat kat sekolah. Yang ambik dia jadi adik angkat pun dah aderrrrr

Peningggg

zue said...

pB,
wsalam..mmg rasa takut dan risau bila memikirkan anak2 kita yg mula membesar ni.
mcm tu lah ya mak bapak kita jaga kita dulu2.

maza said...

dolu-dolu kita pun lebih kurang sama gak... salah gunakan kemudahan diberikan. huhuhu

kira abuse ler tu. hehehe

skrg ni, tiba pula lah giliran kita menghadapinya...

kata org cerdik, what goes around is comes around. huhuhu

erk! maza kekadang seriau gak, sbb dolu2 boleh tahan nakalnya.. huhuhu

apa2 hal pun maza selalu berdoa dan selalu menyanyikan lagu aziz satar kat anak2 itew.. "Please, please, please, kamu jangan nakal!"

heheheheh

penjejak maya said...

salam,

zaman remaja mereka sering memberontak kerana masih tercari identiti masing2..

Nida said...

Salam kak Zue..

Bila difikirkan zaman remaja yang akan dilalui oleh anak2 buat Nida rasa takut... semoga mereka menjadi anak2 yang membahagiakan hati kedua orang tua..aminnn

ahmad humairi said...

anak remaja
mendapat apa sahaja
mereka dimanja
seperti raja
jangan biarkanje.

zue said...

maza,
zaman k.zue mana ada hp2 ni..telepon umah pun susah nak pkai..mak2 dulu telepon umah siap kunci.
klu maza pun kenakalan mmg k.zue percaya..esok2 anak pun ikut perangai ayah dia hehehe.

penjejak maya,
wsalam..mmg le remaja ikut nafsu aje tanpa berfikir..tegur sikit nak melenting.

nida,
insyallah..kita yg mencorakkannya dan selalu berdoa kepd allah.

ahmad humairi,
sy selalu ingatkan kat anak2..betapa susahnya mencari duit..so jgnlah membazirkan wang ayah dan ibu.
tapi mereka ni mengerti ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.