Oleh kerana mertua tak buat sambutan hari ibu...jadi aku telah cadangkan dengan ipar-duai supaya kita buat hari ibu dan hari bapa sekali gus.
Pagi-pagi lagi aku dengan suami,adik ipar dan pak mertua pergi pasar Beranang untuk beli barang2 basah...aku beli ikan sembilang 2 kilo untuk di buat goreng berlado.
Pak mertua sembelih ayam kampung 3 ekor...untuk di buat rendang minang.
Siapa lagi yang masak kalau bukan aku dengan adik ipar...ceh2.
Kami buatlah jamuan ringkas untuk minum petang iaitu mee kari dan biras aku belikan kek.
Adik beradik suami tak ramai cuma ada 5 orang aje. Yang dapat kumpul cuma 4 keluarga aje dan abang sulungnya datang lepas maghrib dan habis baru nak datang..entahlah.
Ayah Dan Ibu
nyanyian: arwahyarham Sudirman Hj Arshad)
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
(tersentuh bila dengar lagu ini)
19 comments:
Assalamualaikum Zue
senyum melebar
(pinjam kata ayahanda)
pakcik dan macik tu
sambil potong kek
taniah
menantu yg solehah
Wassalam
mas lak, birthday mak 16 jun... jadi leh la sambut dengan hari bapa sekali minggu nie... :)
Baiknya menantu mak...hehehe..
senyum lebar mokcik n pokcik motong kek..bahagia kan..
Tanpa ibubapa..siapalah kita...
tentu dorang seronot dgn sambutan yg anak menantu berikan
rozali,
waalaikumusalam..zue ikhlas.
maslinamansor,
bagus tu..senang kan.
mokcik azwa,
jgn le puji sgt takut x trpikul.
kakcikseroja,
mmg betul kakcik tanpa ibubapa sapa lah kita. walaupun mertua..zue tetap layan mcm mak bapak zue juga.
mak su,
zue nak dia org rasa gembira dan di sayangi lagi pulak zue jarang balik kg.
assalamualaikum Kak Zue
sementara ibubapa ada,
inilah kita luangkan masa
membahagiakan hati mereka
kan...
wa bestnye dpt potong kek =)
Alhamdulillah.. semoga terus kekal sihat dan bahagia.
.
.
.
Err.. Tie suka ayam kampung. Dah lama tak makan.. Nanti nak suruh abang cari laa.. hehe...
ummu,
wsalam...mmg begitulah niat di hati zue selagi mereka ada.
missXYZ A.k.a Abaikan,
:) best kannn
tie,
ayam kg ni lama benor nak tunggu dia empuk. tapi rasanya mmglah sedap dari ayam enjit.
salam,
besar pahalanya menggembirakan hati kediua ibu bapa. semoga mak & abah sentiasa sihat, bahagia dunia akhirat di samping anak2 dan cucu2 tersayang...
kebetulan pula semalam isteri dan anak2 den bolikan hadiah ceklat utk den. hehehe
yg special lak, si anak sulung (6 thn) tulis kad kat den.. "hepi hari ayah".. dgn lukisan robot, dan cermin mata..
alahai.. terima kasih kat dia orang tu, kannn.. hehehhe
piewahid,
wsalam..harap ibubapa kekawan pun gembira dgn anak2nya.
maza,
sedapnya kek ceklat...syg anak kat ayahnya kannn...
maza.."hepi hari ayah juga"
salam,
kita raikan mereka (ayah dan ibu)
anak-anak tak raikan kita...huuuu..
(tak kuminta begitu...mereka bahagia...kita turut bahagia - alhamdulullah syukur)
wsalam cikgu humairi,
sabar ya cikgu...janji anak2 kita syg kat kita.
Tanpa ibu bapa siapalah kita di dunia ini. Takdir Allah siapa yang tahu. Semoga kita terus bersyukur dengan apa yang ada
seronoknya dapat sambut ramai-ramai..kena selalu balik kg ziarah sementara mereka masih hidup...
aida ali,
semoga kita sentiasa brsyukur krn masih ada ibubapa.
nadri,
mak mmg slalu pesan kat kami...bila nak balik lagi(kg)
Post a Comment