Kompang.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.


Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Gambar belakang bahagian kompang.Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Sebenarnya aku nak beritahu betapa frustnya anak bujang ku yang berumur 9 thn tak dapat masuk kelab kompang. Mana tidaknya Haris siap beli kompang di Air Hitam pakai duit simpanannya sendiri...dengan harga rm 15.
Alasan cikgu "awak kecik tak boleh masuk"....dia bengang sebab kawan dia badan lebih kurang macam dia dapat masuk.

Nak juga jumpa cikgu tanya kenapa anak saya tidak diterima masuk...tak nak kecoh pulak...mungkin tak ada rezeki Haris...

Haris..kompang aje le sendiri...pang pang kompang gibing gibing...


12 comments:

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

Jangan frust Haris,
mintak betul-betul kat cikgu...tunjukkan kesungguhan ... mesti cikgu kasi can, insyaAllah.

maza said...

tetiba teringatkan kompang cikgu besar.. begegar gusi weii.. hahahha

Anonymous said...

Kesian Haris.

Tak de ke balairaya kat situ, kalau ada persatuan kompang boleh gak cuba masukkan Haris.

zue said...

cikgu ahmad,
walaikumussalam...entahlah cikgu..dia ni jenis x berani nak cakap dgn cikgu.

maza,
ko kenal kompang ke..nakal sgt..

zue said...

tie,
kat tmn zue ni x ada...klu tmn lain..brlatih mlm. x sesuai utk budak2 kecil.

Anonymous said...

Salam zue,

Takkan alasan saiz badan jadi penyebab, rasanya elok bagi peluang dulu, tengok kebolehan haris, baru buat pemilihan berdasarkan reason yang lebih kukuh. Kesian budak2 mengharap.

zue said...

kunang-kunang,
walaikumussalam...entahlah x leh nak cakap apa..mungkin dah cukup org atau mmg dia dah ada budak yg dipilih.

Maiyah said...

assalam.. xpe nnti cuba lg jgn putus asa ;)

atuk said...

Assalamualaikum Zue

betul nasihat cikgu humairi tu

moga haris berjaya

Wassalam

Kakzakie Purvit said...

Biasanya ada borang diedar untuk dikembalikan pada tarikh tertentu. Mungkin Haris terlambat sikit. Kakak rasa Zue minta tolong cikgu itu mesti boleh kalau setakat tambah ahli bukan ajk pun... Kesian Haris....

zue said...

maiyah,
walaikumussalam...cuba nasib thn depan pulak.


Rozali,
walaikumussalam...zue dah ckap dgn haris..biar ibu jumpa cikgu tanya..haris jwb 'tak yah lh ibu'. mungkin dia x mahu susah2 kan sy.

zue said...

kakzakie,
borang mmg x ada...cuma haris ada ckap sapa2 yg nak masuk kompang dtg jumpa cikgu haris isnin...itu aje.
mungkin thn ni x ada rezeki...cuba thn depan pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.