Yang mana dulu..

Assalamualaikum w.b.t...seronoknya sebab esok dah cuti...tapi yang tak seronok kerja rumah berlambak2 ni...kain baju lum lagi berlipat dan macam gunung...main kais2 je nak cari yg barang kecik...

Esok pulak ada majlis Maulud Nabi...kawan dari KL nak datang pulak...Banyaknya kerja nak dibuat ni.

Malam ni terpaksalah aku kena bereskan dulu kerja rumah...esok lepas Subuh kena siap2 masak lauk tengahari.  Kalau siap masak bolehlah pergi ke majlis Maulud.

Harap2 kawan tu lewat sikitlah sampai...supaya aku ada masa nak kemas rumah.
biasalah rumah orang bekerja seminggu sekali je kemas.

Memberi Salam Amat Digalakkan Dalam Islam

Hadith:

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Huraian Hadith:

1. Sunat memberi salam kepada sesama muslim tidak mengira darjat, pangkat dan peringkat orang yang diberi salam.
2. Memberi penghormatan kepada orang yang lebih rendah martabat dan pangkat tidak akan mengurangkan kemuliaan seseorang.
3. Umat Islam hendaklah sama-sama hormat menghormati antara satu sama lain dan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w dengan memberi salam apabila bertemu walaupun terhadap kanak-kanak.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia




 

8 comments:

maza said...

oh! barang yang kecil itu nasib baik bukannya berbau sotong kering yg situkus suka mengheghet itew.. hahahah

kerr.. memamng dah jadi macam roti jala... koyak rabak sana sini... hahahaha

ouch! larikkkkk...

Kunang-Kunang said...

Salam Zue,

Relaks, selesaikan satu2. Biasalah tu.

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

dahulukan dengan ucapan salam...

Rozali said...

Assalamualaikum Zue

dahulukan tetamu

Wassalam

kayteeze said...

Jangan stress Zue, Tie yang sentiasa ada di rumah ni pun tak abis-abis mengemas... Semoga tetamu menghargai usaha Zue :)

Miecyber said...

Salam Maulidur Rasul....

Vaksin HIV berjaya di India

Nadri said...

wahh....padatnya jadual...hope dpt bereskan satu persatu...esok malam pun ada ceramah maulidur rasul @ johor jaya..penceramah undangan Ustz Farid Ravi...

Mak Su said...

salam singgah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.