Payahnya.

Bila dah tua macam2 penyakit akan hinggap kat kita...nak2 bila dah jadi warga emas.
Tapi bila penyakit dah lama bersarang kat badan..lama2 manusia dah mula hilang pertimbangan dan menjadi seseorg tu tidak bersikap sabar agaknya..

Aku melihat mak mertuaku yang begitu tertekan dengan penyakit yang dihidapnya..hinggakan nak berjalan dah menjadi susah. Bila badan dah gemuk..lutut dah hilang gerisnya dah tak boleh duduk bersila..sembahyang duduk atas kerusi..makan dah kena berjaga-jaga.

Dia mempunyai perasaan malu..tak mahu pakai tongkat..masih gagahkan juga jalan..walaupun nengok mempapah2 dgn mencari sesuatu yg boleh dicapainya.

Dia nak masak juga untuk anak cucunya yang balik..tapi kesian nengokkan..sebab nak ambil sesuatu semuanya payah...anak2 tak bagi mak masak tapi kan org tua..cakap dia mana boleh lawan...mungkin dia rasa anak2 nak makan air tangannya.

Esok2 kita pun akan jadi macam dia juga...

19 comments:

Kakzakie said...

Salam zue,

Itulah naluri seorg ibu. Harap kita jangan sakit macm tu. Emak kakak pergi dalam keadaan sihat tapi penyakit tersembunyi tidak diketahui (jantung) attack terus saja pergi selamanya. Kita tidak puas menjaga kerana dlm masa beberapa minute saja sakitnya....

maza said...

itulah kasih ibu..

tak dapat dijual beli..
tapi itulah juga maza,
acapkali mengabaikan perasaannya..

aduhaiii...
manakah haruman syurga kalau begini....

zue said...

Kakzakie,
wsalam..apa2 penyakit semuanya dtg dari allah swt. mohon dijauhilah..


maza,
kasih ibu mmbawa kesyurga...ni kena tunaikan apa yg mak nak..

kakcik said...

Arwah mak kakcik dulu pun begitu, susah sangat nak suruh guna tongkat! :(

Kakcik sekarang pun dah mula sakit sana-sini selayaknya seorang warga emas yang serba lemah....

kayteeze said...

Ish... sayu lak rasa bila baca kisah mentua Zue ni.

Memang begitulah perasaan seorang ibu, kan.... dia tak mahu menyusahkan anak-anaknya, kerana selama ini segala urusan rumah dibuatnya sendiri. Tentu rasa sedikit kecewa bila kesihatan mengganggu aktiviti hariannya.

Tie ni kira muda lagi tapi dah pun mula sakit-sakit tumit. Alaahai....

zue said...

kakcik,
mak tu dah brkali kami suruh pakai tongkat..pkai kat umah je..x mahu juga. sejak prgerakannya trbatas..dah jarang org tua brjln2..ada pun gi hospital buat check-up.


tie,
klu bleh dia nak buat semuanya..mcm yg selalu dia buat tapi kesian..asyik mengerang kesakitan..nak2 tang lutut tu..

maiyah said...

assalam.. mcm mak sy gak le.. kalo bab cucu snggup tgh x sihat pun gagah gak, sy pun dah tue gak ni.. mata dah rabun huhuuu

maza said...

giler! takkan nak tunaikan permintaan emak kalau dia hendakkan didaratkan concort lima buah dli laman rumah! Dah lah agak mustahil dan sudah tentulah kena hamun dgn gomen dan jiran tetangga... hahaha

Bagi maza,
bila menurut biar kena pada akarnya
kalau mengikut biar kena pada tunjangnya
jangan sampai apa diikut bersalahan dgn pedoman dan syarie..

jadinya,
pandai2lah bawa diri
pandai2lah memujuk hati

selebihnya Tuhan Maha Mengerti...

Sham said...

huhu...faham sangat2...orang tua memang camtule...

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

x yah esok...sekarangni pun saya dah rasa camtu....semua penyakit dah datang!!...heee takutnya..

MOKCIK AZWA said...

Salam Zue..a'a lama tak berkunjung2an kan. dulu selalu gak terima email Zue..lately mcm tak ada dah..busy sangat ker?

Orang tua2 camtu la..esok2 kita pun mungkin akan melalui fasa yang sama. Sama2 kita menjaga makbapa kita, mudah2an beroleh keberkatan di dunia dan akhirat.

zue said...

maiyah,
waalaikumsalam..mmg mcm tu ek..klu sy malas ah..baik beli je lauk kat kedai..hehehe..dasar pemalas..


maza,
teruk le ko ni..takan lh mak ko nak concort..patut2lh mak pun ada sifat kesian kat anak2..kena juga nengok....katagori apa anak dia tu kelas A OR E hehehe.
sebagai anak kita kenalh mmbahgiakan nya..turut kn lh kehendaknya. apa kata ko ko bawa mak ko gi brcuti ke luar negara..mesir x yah lh.

zue said...

sham,
thank singgah dan jadi folower...


cikgu ahmad,
waalaikumsalam..sakit x kira tua/muda/anak2 klu dah nak kena..semuannya kehendak DIA.

zue said...

mokcik azwa,
waalaikumsalam..mmg dah lama x antar email kat kwn2 sbb kekwn zue dah x forward lagi..sejak mereka ber fb.

sebagai anak mmg begitulah..insyallah.

Kak Long Mawar Merah said...

Salam...
Ibu memang selalu mahu berkorban untuk anak-anaknya. Melihat anak-anak makan berselerapun pasti hilang rasa sakit dan penat lelah tu..

zue said...

Kak Long Mawar Merah,
waalaikumsalam..ya lah..bila kita nak balik pun sibuk mak2 nak bungkuskan mkn..katanya buat mkn kat highway. slalu zue pesan tak payah mak..tahu2 dah siap bungkus.

Miecyber said...

Semuga Mak Mertua Zue sihat dan cergas kembali...

Hutang isi rumah mencecah RM 557 bilion

ummu said...

assalamualaikum Kak Zue
naluri keibuan nya begitu mendalam,
subhanallah, agungnya pengorbanan ibu, tanpa mengira keletihan dan kesakitan diri, sanggup meborbankan kepentingan diri, demi zuriat tercinta tetap merasai kewujudannya yang bukan setakat ada tetapi memang ada di sisi...
dan kasih Ilahi,
lebih mendalam buat hambaNya melebihi kasih seorang ibu dan anak.

zue said...

Miecyber,
mudah2an hendaknya..

ummu,
wa'alaikumussalam..apa yg ummu katakan..itulah ibu kan..semoga ianya dikasihi ilahi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.