Buat Passport.

Kembali bersiaran semula...

Hari ni walaupun aku dah mula bekerja tapi aku sempat singgah ke imigresen (pekan rabu) nak buat passport international. Ingatkan ada orang dalam bolehlah cepat sikit...ehh makan 1/2 hari juga.

Masa datang....takutnya nengok orang punyalah ramai. Beratur dah macam ular. Terlupa pulak nak ambil gambo. Hari ni pejabat kerajaan baru buka dan lagi orang masih bercuti.

Kesian juga dah beratur panjang2 nak ambil nombor...nombor pulak dah habis. Aku tak tahu nombor dikeluarkan sampai berapa untuk 1 hari punya permohonan.
Memikirkan passport inter 100 inggit...itu yg buat. Takut hargakan naik semula macam dulu.

Nasib baiklah aku ada orang dalam yang tolong dan tak perlu ambil nombor. ni bukan potong Q tau..jgn salah anggap. ya ke?.

Siap semuanya dalam pukul 12.30 pm sempat aku anak beranak makan tengahari.

Nampaknya terpaksalah aku kena ambil 1/2 hari cuti (emergency leave).

Masuk opis dalam jam 1.45 dan isi borang cuti..kena sound pulak dgn bos. Aku...buat bodoh je.

15 comments:

tunbegia said...

sungguh bos yang prihatin untuk orang yang suka potong Q,

salamm,

Mak Su said...

ada plan nak kemana mana ker cikgu zue?

ain said...

tu hari saya buat pasport, dtg le dlm kol 7 pg, mak aiii punyalah panjang org beratur...sekali dpt no 2 ratus lebih. berumah tanggalah kat situ nunggu passport siap.adoiii!!!

psst...nak pi mana ni kak???

zue said...

tunbegia,
mana ada potong Q bos...potong jln ada le.

mak su,
bukan cikguzue tau. x kemana pun cuma seberang tambak.

zue said...

ain,
mmg seksa juga klu nak buat pasport kat johor ni. ramai org cina yg buat passport klu bangsa melayu ni boleh dikira.

tak le pegi jauh2 macam orang tu...seberang tambak je.

Tie said...

Ooo... Zue nak ke S'pore ke ? Tie tak pernah ke sana, walaupun asal JB. Eh.. baru teringat dulu masa kecik pernah ke woodlands.. tapi pasport kongsi dengan mak.. masa tu bawah umur lagi.

maiyah said...

mmg leceh le kalo bab urusan camni nak kene tnggu giliran tu yg lomah

hans said...

nak gi mana wat passport?

zue said...

tie,
insyallah..mmg nak gi s'pore.
tie asal org johor ya. dulu2 passport terhad boleh dikongsi dgn anak2 tapi skrg dah tak boleh lagi.


maiyah,
org2 kat situ semuanya kena byk2 brsabar menunggu.


hans,
mana2 pun boleh...janji ada ongkosnya.

abu muaz said...

salam...cikgu bersabarlah dengan segala kesulitan ini.

ahmad humairi said...

nak gi mane wat pasport?? nanti citer ek

zue said...

abu muaz,
wsalam..mcm ni aik..zue bukan cikgu tau.


ahmad humairi,
buat je dulu..klu ada rezeki nak gi s'pore je.

nahmy said...

wah..international pasport! seghonoknyeer dpt jln-jln ke luar negeri.

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

sabar separuh daripada iman.

zue said...

nahmy,
dah dpt x tahu bila nak pegi nya. he3


h.nafisah,
yap...berbanyak2 bersabor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.