Kereta api di Bukit bendera.





gambo sumber dari google

Kereta api di Bukit Bendera yang telah beroperasi selama 87 tahun akhirnya telah di tamatkan operasinya , meninggalkan kenangan indah kepada penduduk dan pelancong yang pernah ke tempat tarikan terkenal itu.

Kereta api itu bagaimanapun akan digantikan dengan sistem baru yang bernilai RM 63 juta dan dijangka siap dalam masa tujuh bulan.

Terdapat 3 negara je yang ada keretapi jenis sistem ini.
pertama SWITZELAND, kedua HONGKONG dan ketiga tentulah MALAYSIA.

Aku pernah menaiki keretapi di Bukit Bendera...waktu itu pada tahun 1982 aku berada di tingkatan 2. Aku mengikuti rombongan sekolah SEK. MEN MAJIDI BARU, JB sekarang sek tersebut telah bertukar nama kepada SEK MEN TUN SYED NASIR JB.

Itulah pertama kali dan terakhir aku ke Bukit Bendera. Kalau nak pergi dengan family..memang tak akan lah. Nasib baik sekolah menganjurkan.

Entah kenapa sampai sekarang ni kami 1 family belum berkesempatan nak ke sana..hinggalah keretapi tu telah dihentikan operasinya.

Aku ada beberapa gambar yang menjadi kenangan aku di Bukit Bendera. Cari-cari entah kat mana aku simpan ni...kena geledah 1 gerobok ni. Kalau aku jumpa akan aku tepek kan disini dan klu tak jumpa juga...ianya menjadi kenangan di otak kepala aku je.

14 comments:

ain said...

saya lg best...lum pernah pun sampai ke bukit bendera.hehe

piewahid said...

xada apa yg best sgt pun... lebih kurang aje kalau naik cabel car kat genting & langkawi. lambat lak tunggu. cuma kelebihannya nilai sentimentol nyer la kut..

Mak Su said...

alamak..... sedihlah

belum penah smapi ke sinun pun :(

Kniedaz said...

saya penahla naik zaman muda2 dulu..hubby bawak..tp anak2 tak penah naik..sian diorang..

ahmad humairi said...

elokla digantii..
sebab sistem lama dah tua dah.
yang baru x taula camane...bedesup gamaknye...macam bullet train (?).

maiyah said...

serius ni x pernah lagi kesana apalagi camni skang huhuu

qaseh um masyitah said...

salam Zue
Mas pernah pi sana,banyak kali,sebab sekolah kat utara walaupun family duk Johor.memang penuh nilai sentimental.
Tapi kenangan yang paling masam kut masa 1st time pi dgn suami, keretapinya tengah rosak dan sdg dibaiki.Lepastu tak pernah pi lagi.Yalah dah keadaan saya macam ni susah nak gerak mana-mana.

zue said...

ain,
rugi le x dpt rasa zaman dulu2 puye keretapi.

piewahid,
nilai sentimentol nya yg kita nak. mcm org2 skrg ni sibuk cari pinggan mangkuk lama he3.

mak su,
jgn sedih..esok2 keretapi baru siap...naik le ke atas.

IRIS said...

Salam kak,

best nya Bukit Bendera. Hari tu sekadar lalu aje.

=)

zue said...

kniedaz,
org kata..dpt naik skali pun jadilah kenangan seh...masih ingat lagi.

cikgu humairi,
mmg elok diganti baru...harap keretapi lama tu dijadikan pameran utk anak cucu kita lihat.

maiyah,
tak pernah kesana..x apa ada byk tmpt yg maiyah leh lawati.

zue said...

qaseh um.masyitah,
wsalam..jaga kesihatan tu.

iris,
wsalam..masa budak2 dulu tu mmg le best sbb seronok gi negeri org.

Uncle Lee said...

Hello Zue, very interesting pictures.
I have always love trains, old steam engines especially.
You have a nice weekend and keep a song in your heart, Lee.

insan pendidik said...

salam,

IP blaja 4 tahun kat penang tu tp tk perna naik pun huhu

zue said...

uncle lee,
hello UL..ianya menjadi memoir dlm hidup kita.


ip,
wsalam..mmg begitu lumrahnya..yg dah dekat x mahu pergi tapi org2 jauh sanggup dtg utk kesana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.