Terkenang waktu kanak-kanak dahulu dimana aku sekeluarga sering dibawa oleh ayah berkelah Pantai Lido Johor sekitar tahun 70an dan 80an.
Sekarang ia lebih dikenali Danga Bay (Teluk Danga)
Tempat mandi laut yang paling dekat dengan rumah aku. Pada masa tu kenderaan kurang dan ayah pun tidak mempunyai kereta hanyalah motor kapcai aje yang ada. Adik beradik ramai..jadi kami akan menaiki bas ke Pantai Lido dengan membawa bekalan sekali.
Ayah aku cakap kalau orang ada penyakit gatal2 klu mandi di Pantai Lido akan kurang gatalnya..boleh percaya ke? ke mmg org tu yg 'gatal' he3.
Setiap sesuatu ada rumahnya, rumah cinta adalah hati. Dalam perjalanan cinta, adalah mustahil untuk tidak kita hinggap ke singgahsana cinta.
Pantai Lido.
Dahulu Pantai Lido boleh mandi-manda...tak adalah istilah kotor pada masa itu. Air laut yang tenang...kalau air surut kami akan menangkap kepah/kupang/ketam dan bermacam-macam lagi binatang yang berkulit keras termasuk belangkas.
Pada masa dulu belangkas memang banyak dan ramai orang akan turun ke pantai lido.
Pantai Lido adalah tempat bercouple dan tempat orang memadu kasih pada waktu malam. Mak selalu berpesan jangan pergi waktu malam2 tak elok untuk budak2. Bila aku remaja..aku berjalan2 lah di pantai lido waktu malam memang benar ramai yang bercouple...kalau silap haribulan kena ngap dengan pencegah maksiat.
Pantai Lido adalah tempat pembuangan abu mayat oleh kaum India. Abu mayat mak bapak bos aku dibuang kat situ..peh lama ni puas le aku bermandikan abu2 mayat orang2 india ni.
Tak salah aku awal2 tahun 80 an dah tak ada lagi orang mandi mandi dipantai lido kerana pencemaran air.
Sekarang ni kerajaan Johor sibuk dengan pelebaran jalannya di sepanjang pantai...dinamakan Projek Lido Boulevard.
“Projek Lido Boulevard melibatkan pembangunan perumahan dan komersial seperti kondominium, pusat kebudayaan, hotel, pusat beli-belah, taman salji tertutup dan taman rekreasi.
aku kutip kat en.google juga.
kerja-kerja penambakan pasir di persisiran pantai lido...baru lepas hujan ni tu yg mendung semacam je.
Aku rindu dengan suasana dulu yang aman damai dan tidak sekarang kerana pembangunan yang mereka buat ni hanya menguntungkan orang berada yang sudah tentu bertambah2 lah kekayaannya bukan untuk rakyat johor yang sederhana macam aku...silap haribulan nak lihat laut pun kena bayar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25 comments:
Zue, telah buka kenangan manis Tie bersama mak, ayah dan adik-adik dulu. Kami selalu berkelah di situ, dan mandi-mandi. Ayah pula sempat mengail.. ada ikan gak,mak goreng dan masak gulai asam pedas. Indahnya waktu itu.
Sekarang ni memang tak boleh mandi. Silap-silap kojol kat situ, ekekeke... Sejak Tie kahwin ni pernah sekali dua je ke situ.
Ya Allah kak zue.. rupanya Danga Bay tu la Pantai Lido... addeeeeehhhhuhuhuuhuhu....
ya ampuuunn.. dungu nya tiny kak zu oiii (nampak sangat bukan org johor.. walaupun kawen ngan org muar.. hahaha).. baru beberapa minggu lepas tiny tertanya2 kat mana la pantai lido.. teringin nk pegi sebab teringat satu lagu 'tambak johor tanjung puteri'..
maksu ada gaks dolu2 smpan angan2 nak mandi kat pandai lido... langsung tak merasa ler... mandi kat umah zue, boleh?
Pembangunan pantai dan teluk makin cantik...
maka semakin ramailah kaum ku yg makin terpingkir..
lama sangat x pergi pantai..
x pernah sampai pantai Lido.. :)
slm zue,
pantai lido yg penuh kenangan,
mase kecik² dulu slalu jugak ke situ sbb ada abg ipar kat stulang baru.
masa tu kalau pegi JB, tak pegi pantai lido trase mcm takde makne gi JB.
kayteeze,
mmg seronok masa dulu kann sbb pantai kat tgh bandar. agak2 nya masa tu kita pernah berjumpa..berselisih main air laut.
tiny,
mmg ramai org confuse pasal pantai lido dgn danga bay.
tinggal lagu nya aje jadi kenangan.
mak su,
dah x yah berangan nak mandi laut ni...dah jadi tmpt kapal korek skrg ni..jom mandi umah zue...x kena bayor pun..free.
lanabulu,
mmg betullah lanabulu...org mcm kita jauh perginya...
si tEDI,
kat m'sia berlambak pntai yg boleh kita pergi.
pantai lido x tak wujud lagi.
piewahid,
wsalam...oo dulu ada abg ipar tingggal kat stulang baru. mmg kecil juga dunia ni ek..sy mmg org stulang baru mak ayah masih ada lagi sana.
org kata pantai lido pantai yg betul2 kat bandar dan boleh nampak s'pore.
sekali je pegi danga bay waktu muda2 dlu hehe, dah x leh jln ni lagi le ssh nk jejalan huhuu
jom jadi orang berada,
salamm,
tingin nak pi pantai
maiyah,
klu projek lido ni siap..insyallah maiyah leh pergi dgn selesanya.
tunbegia,
bagilah resipi nak jadi org kayo.
hans,
kat kl kan ada area 'Pantai' jgn mare...gi le cuti2 1 m'sia.
bia baca entri ni, teringat lagu Tanjung Puteri...patriotik lagu tu..
salam zue
pak itam kecik2 dulu jarang mandi manda kat lido psl masa tu kami tinggal di kuaters kastam tanjung puteri, jadi pantai dan laut pak itam tetiap hari kat pantai tg puteri tu berdekatan jeti
selalu meredah dr jeti tu sampai ke komplek kastam , berenang, berendam hehehe
ahmad humairi,
sy pernah jadi koir menyanyikan lagu 'tanjung puteri' masa tu dato musa hitam jadi menteri pelajaran dtg resmikan sek sy.
rezeki,
pak itam tu stulang laut lah...skrg ni mcm ada yg mandi-manda kat situ..eeee klu sy x sanggup.
Teringat zaman kanak2 dahulu, setiap kali kami ke rumah mak cik di Strait View, pasti diriku dan sepupu2 berduyun2 berjalan kaki ke Pantai Lido... seronok sangat masa tu..
Kini setiap kali pulang ke Johor, hanya Danga Bay tempat yg hiruk pikuk dengan keriuhan manusia tempat kami mengimbas zaman kana2 yg telah lama ditinggalkan
nida,
seronokkan bila diingat2 waktu dulu2. budak2 zaman skrg x merasa mandi laut kat pantai lido.
kak zue ..
saya pun org johor gak.. bp .. tapi mase bujang2 dulu selalu gak lepak kat pandai lido .. skodeng org ... hehehe
~ikut rentak jari~
ramai juga org suka skodeng2 ni...skrg ni x leh lepak kat situ kan kena cangkuk dgn pengeruk pasir nanti.
pantai lido mmg tmpt lepak paling best bg org2 johor sekitar thn 1980 - 1990an. masa tu bdr JB masih sibuk coz bus station, KOMTAR, Pasar dll msh terletak dkt bdr JB..
walaupun CP duk paling utara johor, paling jauh dgn JB, tapi pantai lido mmg fofuler.. dapat g Jb masa kecik2 rasa best sgt2..
wah! Camner lak maza boleh tersesat kat K.Zue ni.. huhuhu..
psst: maza dari seberang sana. dari blog si Daddy Aiman.. huhhu
Sebetulnya maza pun rindu dgn Pantai Lido yang lama.. huhuhu
suasananya cukup damai, dgn pepohon kelapa dan ru saling meredup di tepian pantai...
Kalau kita menyusuri pantai Lido itu, tidak terasa kepenatan sangat. Kekadang dari hujung pantai lido boleh leka berjalan sampai depan Hospital Tun Aminah. heheheheh
Maza juga ada kenangan terindah di situ.. huhhu.... pada malam hari, melepak dengan mengeteh di salah satu gerai yang banyak di tepian Lido..
sambil2 kena ikan bakar, kita nikmati keropok dengan bayu selat! perkhh asyik sehhh... mcm dua insan bercintalah pulak.. hehehehe
nadri,
CP.
Maza,
baca n3 kalian tentang pantai lido mcm2 citer ada.
mmg kenangan itu hanya yg mengalami nya yg tahu.
Rakyat akan susah jika Kapatalis sudah menguasai ekonomi...
Post a Comment