Assalamualaikum wbt. Semoga teman2 blogger sihat senantiasa berada didalam keadaan sihat hendaknya.
Semoga apa saja urusan hari ini dipermudahkan amin.
Bercakap tentang di permudahkan..rasa terkilan dan sedih juga. Mana tak..tawaran yang ada didepan mata tapi di tolaknya.
Tak adalah sedih mana sebab yang punya diri tak rasa apa-apa pun malah tersengih-sengih je..
Geramnya..anak aku dapat tawaran masuk sekolah teknik dan sek cluster tapi tak nak pergi...puaslah dipujuknya..ayahnya siap kata..'kakak nak apa cakap ayah boleh belikan' dgn syarat masuk asrama...tak makan pujuk juga.
Terkilanlah..sebab masa form 1 tak berpeluang..bila naik form 4 ingatkan dia duduk asrama..belajar berdikari..ni tak..nak duduk bawah ketiak ibunya lagi.
Alasannya...takut duduk asrama..sbb sek asrama ada hantu..budak2 mudah kena histeria..
Memang tak dinafikan anak ppuan aku ada sifat penakut bukan sikit tapi banyak..klu ada citer hantu..mmg tak dpt nengoklah.
Akhirnya kami dah malas nak bertanya-tanya lagi....tapi tu lah terKILAN..sbb kekawan /jiran/sedara mesti bertanya 'Shiera sekolah mana'.

14 comments:
Salam Zue, janganlah sedih. Tie dah lalui semua tu, malah lebih teruk lagi, Zue.
Anak sulong Tie tu lelaki, masa form 1 dapat masuk MRSM, duduk 2 bulan nak balik, sebab tak tahan barang2 selalu kena curi.
Masuk form 4 dapat sek teknik, pun tak tahan, kecurian dan lain-lain... terus taknak sekolah. Macam nak gila kita dibuatnya... Akhir sekali dapat juga ambil spm... sedih sangat kita dibuatnya, lebih-lebih lagi dia seorang pelajar yang sangat berpotensi. Sekarang ni tunggu result, entah dapat masuk U pun tak tahu laa....
Salam zue,
Kena bawa jumpa motivator yg pandai memujuk tengok gayanya nie. Biasa dalam sebulan memang mereka rasa agak tension, tapi kalau mereka dah adapt dgn kawan- kawan nanti ok. Anak kakak masuk form 1 dulu pun macam tu. Tiap minggu kena meredah pergi asramanya. Masuk 3 bulan ok....
tie,
walaikumussalam..thank krn kongsi pengalaman.
kakzakie,
walaikumussalam...nak buat mcm mana kan..dan dia x mahu..dah puas memujuk.
Salam Zue,
Tak aperlah dia tak nak ke asrama. Sekarang sekolah2 pun dah banyak kemudahan dan cikgu pun bagus-bagus.
Bila dia depan mata senang kita mendidiknya.
Kunang-kunang,
walaikumussalam...mmg betul mana2 sek semuanya dah ada kemudahan...cuma sifat brdikari tu x ada..masalahnya kat umah lebih nengok tv/tenet dari belajar. penat berleter..
Tak mengapa Zue... asalkan dia tetap cemerlang dalam pelajaran. Anak jiran kakcik pun begitu, setiapa kali masuk asrama, lari balik. Akhirnya, dia belajar di sebuah University perubatan di India dan kini bergelar Dr. :)
kakcik,
betullah kakcik..mmg x leh paksa kan dia lari balik umah..kita juga yg malu.
sekolah bawah ketiak mak x bermaksud xleh berjaya dlm hidup nnti.. aminn ya robbal alaminn
tak ngapalah.. itu dah kehendak dia.. karang dia lari dari sekolah asrama atau buat hal, lagi susah..
lagipun tak masuk boarding tak bermaksud tak boleh berjaya... kan?
huhuhu
en_me,
alhamdulillah menjelma en_me di sini.
maza,
pd mulanya mmg rasa frust dan trkilan...bila memikirkan kekwn bagi pendapat ni.
terima kasih ya kekawan.
Ruginyeerr...peluang tidak datang selalu...
Kedai online penjara Rusia
haih
hantu punya pasal la nih diorang xnak gi asrama
xper
satu hari nanti diorang kena duduk asrama juga
Jom Ramai - Ramai Join 'Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda'
Salam Zue,
Memang kalau dapat belajar di asrama penuh atau sekolah kluster, ada persaingan yang lebih sihat.
Tapi kalau kita dah cuba nasihatkan tapi dia tak nak juga, beri saja dia peluang berjaya cara dia sendiri. Kalau di rumahpun sebenarnya lebih mudah nak dipantau.
Apapun, yang penting azam dia untuk berjaya..
miecyber,
nak buat mcm kan..dah puas pujuk..
hans,
anak kzue buat alasan yg x logik puna ada...
kak long mawar merah,
walaikumussalam..belajr di asrama lebih tratur dan di asrama semua ikut praturan..klu dirumah suka2 hati dia nak tido kul brapa..bangun pagi sudah tentu ada yg tukang kejutkan. semua ibu dia kena uruskan..
Post a Comment